"Mahasiswa tak patut takut pada pentadbiran universiti. Pentadbiran universiti yang patut takut pada mahasiswa," demikian saranan berbaur hasutan daripada bekas mahasiswa yang gagal menamatkan pengajiannya, Fahmi Reza.
Setelah bertahun-tahun Fahmi pulang ke tanah air tanpa membayar satu sen pun kos pengajiannya yang dibiayai pihak kerajaan menggunakan wang rakyat, kini dia semakin berani menebarkan idealisme songsangnya lantaran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.
Hasutannya semakin lama semakin berbisa, lebih-lebih lagi dalam menyeru golongan mahasiswa supaya memberontak. Dengan penyataan "mahasiswa tak patut takut pada pentadbiran universiti" ini misalnya, sudah cukup menggambarkan bahawa mereka langsung tidak menghormati institusi menara gading.
Malangnya, masih banyak boss atasan di universiti awam kita yang enggan 'beraksi' dalam menangkis pencerobohan kumpulan antiestablisment ini. Lebih malang, ada yang bersikap neutral dengan alasan mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara!
Malangnya, masih banyak boss atasan di universiti awam kita yang enggan 'beraksi' dalam menangkis pencerobohan kumpulan antiestablisment ini. Lebih malang, ada yang bersikap neutral dengan alasan mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara!
Soalnya, sampai bila? Adakah hanya hak mereka ini sahaja yang perlu dihormati? Bagaimana dengan hak majoriti mahasiswa lain yang cintakan keamanan dan keharmonian kampus?
Insiden di Universiti Malaya baru-baru ini yang melibatkan Presiden Persatuan Mahasiswa universiti tersebut, Fahmi Zainol, sudah sewajarnya dijadikan iktibar untuk semua. Tatkala pihak universiti cuba memilih bersikap neutral, ironinya, pembangkang terus menggasak pagar kampus berkudakan mahasiswa yang cetek akal dan rakus pemikiran. Sikap neutral ini ternyata mengundang padah.
Namun yang lepas biarkan berlalu. IPTA lain perlu memperkemaskan langkah dan bersedia menerima asakan-asakan yang bakal kunjung tiba. Dalam masa terdekat, khabarnya beberapa IPTA di utara tanah air termasuk Universiti APEX akan 'dicerobohi' kuda-kuda pembangkang ini. Bersediakah anda?
No comments:
Post a Comment