Sejak mengamalkan 'nikah muta'ah' dengan parti sekular PKR dan parti komunis DAP, PAS yang dulunya merupakan parti Islam totok, semakin menyimpang jauh.
Terkini, sekumpulan Ahli Parlimen PAS diketuai YB Mujahid Yusof, mempertikaikan keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang memfatwakan kumpulan Sisters In Islam (SIS) sebagai sesat kerana menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme akidah.
Adakah YB Mujahid menyokong SIS secara tidak langsung dan menentang usaha MAIS dalam menangani pengembangan fahaman sesat tersebut?
Tidakkah ahli-ahli Yang Berhormat PAS ini menyedari bahawa liberalisme dan pluralisme sudah didefinisikan sebagai suatu fahaman yang sedang berkembang di seluruh dunia dan menjadi anutan sebahagian besar umat Islam moden sehingga dilabelkan sebagai agama baharu yang sesat lagi menyesatkan?
Semoga perkembangan muktahir membabitkan pemimpin-pemimpin PAS ini diambil maklum oleh Mursyidul Am parti tersebut, YB Nik Aziz Nik Mat yang selama ini lantang mengkafirkan UMNO siang dan malam.
No comments:
Post a Comment