Kumpulan mahasiswa propembangkang UUM, Transformasi Mahasiswa, dilihat begitu terdesak untuk memenangi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang Akademik 2014/2015 sehingga tergamak memfitnah kepimpinan universiti sendiri.
Hal ini dibuktikan melalui satu rakaman audio yang disiarkan menerusi akaun Youtube UUM Insider berjudul "Kisah Benar TNCHEPA UUM" berdurasi 4:47 yang didedahkan oleh kumpulan terbabit.
Fitnah ini dipercayai dibuat bagi mengalihkan isu seorang mantan MPPUUM SA 2013/2014, Bawani KS dan beberapa pelajar bukan Islam yang lain yang berucap di dalam sebuah surau bersama Presiden MPMUM, Fahmi Zainol di UUM baru-baru ini sehingga menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak di seluruh negara.
Walaupun UUM Insider cuba mengaitkan individu yang dirakam percakapannya dalam klip audio ini dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim, namun mereka gagal mengemukakan sebarang bukti sokongan yang kukuh.
Secara peribadi, SB juga kenal rapat dengan Prof. Madya Dr. Abdul Malek dan SB percaya beliau bukanlah seperti yang digambarkan.
Anehnya, sejak bila kumpulan mahasiswa propembangkan seperti Transformasi Mahasiswa UUM ini percaya akan rakaman audio sebagai bukti? Bukankah pembangkang selama ini menolak sebarang bentuk bukti dalam format sebegini. Malah, video-video seks membabitkan pimpinan utama parti-parti pembangkang yang pernah didedahkan sebelum ini juga ditolak mentah-mentah. Kalau video yang lebih jelas dan kukuh pun ditolak, inikan pula rakaman audio tanpa wajah sebegini.
Hasil penelitian yang dibuat, kami simpulkan bahawa rakaman ini boleh direkayasa oleh sesiapa sahaja bertujuan menjatuhkan kredebiliti TNC HEPA UUM menjelang pemilihan pada 27 Nov 2014 ini walaupun di hujung klip yang dipaparkan mereka cuba membuat perbandingan suara antara Prof. Madya Dr. Abdul Malek dan individu terbabit.
Kalau Johan Raja Lawak boleh tiru pelbagai bentuk suara, adakah mustahil untuk dilakukan oleh orang lain?
Kalau Johan Raja Lawak boleh tiru pelbagai bentuk suara, adakah mustahil untuk dilakukan oleh orang lain?
Kepada Transformasi Mahasiswa, bertandinglah secara bijak dan matang. Tak perlu guna kaedah fitnah dan pendustaan sebegini.
No comments:
Post a Comment