#PRKUUM2014 semakin dicemari oleh pelbagai anasir luar yang dibawa oleh kumpulan Transformasi Mahasiswa. Walaupun menggelarkan kumpulan mereka sebagai Transformasi, namun kumpulan ini sebenarnya berhaluan kiri (propembangkang) atau lebih dikenali sebagai Pro-Mahasiswa di sesetengah universiti yang lain.
Salah seorang tenaga penggerak utama Transformasi ialah Bawani KS. Sejak Bawani menyertai kumpulan ini, Transformasi benar-benar bertransformasi apabila mula menyerap sedikit demi sedikit pengaruh sosialisme yang dibawa oleh pelajar tersebut.
Di luar kampus, Bawani sememangnya diketahui merupakan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bergiat aktif berkempen untuk memansuhkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra di Malaysia.
Malangnya, dalam kumpulan Transformasi, tidak sedikit pelajar Melayu yang turut sama berjuang dengan Bawani. Tidak pernahkah mereka mengkaji sejarah perjuangan sosialis di Malaysia?
Kepada mahasiswa-mahasiswi UUM, buatlah pilihan yang bijak. Jangan diikutkan nafsu dan hasutan. Gunakan akal yang waras. Tanya iman, siapakah yang sepatutnya menjadi pilihan.
No comments:
Post a Comment