Kemerosotan pengaruh kumpulan mahasiswa propembangkang di kampus-kampus seluruh negara semakin ketara. Di UKM misalnya, kumpulan propembangkang, Gabungan Mahasiswa (GM), hampir-hampir tewas mengejut kepada Aspirasi UKM walaupun universiti tersebut merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat selepas UM.
Dalam satu pendedahan yang pernah dibuat oleh Zulkifli Nordin dua tahun lepas, UKM menurut beliau telah dijadikan sarang bagi Pakatan Rakyat untuk membiakkan kader-kader masa depan mereka. Justeru tidak hairanlah GM sentiasa menang besar sejak sekian lama di UKM.
Namun segalanya berubah tahun ini. 2014, mencatatkan sejarah baharu buat mereka kerana ia ialah tahun kebangkitan Aspirasi UKM yg mencatatkan kemenangan 14 kerusi berbanding GM yg hanya mampu mencatatkan 15 kerusi sahaja. Tipis sekali.
Tambah parah, walaupun menang majoriti satu kerusi, GM sebenarnya tetap kalah dari segi undi popular. Berbanding Aspirasi UKM yg mencatatkan 54% sokongan mahasiswa/i di universiti tersebut, GM hanya mampu meraih 46% sahaja undi keseluruhan.
Tiada lagi istilah selamat atau selesa. Tiada lagi kubu yg utuh buat pembangkang. Satu-satunya harapan yg tinggal ialah Universiti Malaya yg masih belum menjalankan pemilihan.
Jika kita ambil hukum undi popular yg dicanang-canangkan oleh macai-macai Pakatan Rakyat selama ini, maka kerusi Presiden Persatuan Mahasiswa UKM sepatutnya diserahkan kpd calon dari Aspirasi. Ia bukan milik GM yg sudah tidak popular di sana.
Sumber : Tsunami Melayu
No comments:
Post a Comment