Page Tsunami Melayu pada 27 Nov 2014 telah membuat satu pendedahan berkaitan satu babak dalam filem Transformers 2 : Revenge of the Fallen dan Mission : Impossible 3 yang mempunyai persamaan ketara. Lihat foto prinstscreen yang dikongsikan oleh page tersebut di bawah :
Persamaan atau kebetulan? |
Keterangan foto :
Gambar atas : Petikan daripada filem Transformers 2 Revenge of the Fallen (2007)
Gambar bawah : Petikan daripada filem Mission : Impossible 3 (2006)
Apa yang aneh? Perhatikan, kedua-dua foto tersebut mempunyai persamaan yang cukup ketara kecuali imej seseorang (pelakon) dalam gambar bawah.
Filem Revenge of the Fallen diarahkan oleh Micheal Bay manakala Mission: Impossible 3 pula diarahkan oleh JJ Abrams. Kedua-duanya merupakan pengarah yang hebat dan telah menghasilkan sejumlah filem pecah panggung sama ada sebagai pengarah, penerbit ataupun penulis.
Dari kiri Micheal Bay dan JJ Abrams. |
Secara logik mudah, bolehkah Bay menggunakan teknik salin-tampal (copy paste) dalam karyanya? Ya, memang boleh. Tapi sanggupkah beliau dikecam? Di mana keaslian idea jika teknik tersebut digunakan? Sudah pasti Bay tidak mahu dilihat menciplak karya JJ Abrams kerana filem Transformers episod pertamanya sudah cukup gah dan mencipta kejayaan yang besar sejak diterbitkan pada 2007.
Justeru tidak masuk akal jika perkara ini berlaku hasil daripada teknik salin tampal. Lihat kembali foto printscreen di atas. Jelas sekali terdapat billboard besar MALAYSIA AIRLINES atau MAS yang melatari kawasan tersebut. Berdasarkan kapsyen pada kedua-dua filem ini, lokasi billboard ini ialah di Shanghai, China.
Sebelum ini ada pihak pernah membuat pendedahan yang sama tetapi hanya memetik daripada filem Revenge of the Fallen sahaja sejurus selepas insiden misteri kehilangan pesawat MAS MH370. Ia sedikit sebanyak telah menimbulkan pelbagai persoalan dan turut dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi pihak tertentu dalam insiden tersebut.
Sama ada ia kebetulan yang disengajakan atau persamaan yang dirancang, kita tidak tahu.
Kenapa MAS? Kenapa Shanghai? Kenapa Malaysia?
Semoga negara kita sentiasa dilindungi daripada sebarang ancaman anasir jahat di peringkat global.
1 comment:
Aamiin
Post a Comment