Tanpa menunding jari kepada sesiapa, mari kita lewati video di bawah dan fikirkan sejenak. Video ini dirakamkan di Pantai Batu Berair, Bachok, Kelantan.
Kelantan yang kita kenal sinonim dengan identiti Islamiknya. Kalau tidak pun, itulah yang dipasarkan sebagai jenama oleh pemerintah negeri. Tidak sedikit juga yang akan bangkit mempertahankan wibawa pemerintah negeri kalau Kelantan diperlekehkan dalam soal identiti Islamik yang dibawa.
Tak lama dahulu juga, kita dipasarkan dengan keterujaan seorang selebriti dari Indonesia yang dijemput khas ke Kelantan. Selebriti wanita yang pernah membintangi sebuah filem Islami, Ketika Cinta Bertasbih, sampai membacakan puisi yang cukup indah bagi menggambarkan betapa Islamiknya negeri tersebut.
Kemudian, kita dipasarkan pula dengan paparan-paparan lain dalam satu video yang khas, menunjukkan selebriti tersebut dibawa mengunjungi satu dua destinasi di Kelantan. Destinasi-destinasi tersebut tentulah yang menonjolkan imej Islamik.
Ketika itu, SB hanya fikir satu sahaja, barangkali selebriti berkenaan mendapat gambaran suku-suku sahaja tentang negeri Serambi Mekah itu.
Agak-agak, apakah pula puisi yang akan dibacakannya jika dia menonton video di atas?
Benar masalah sosial berlaku di mana-mana sahaja, tapi adakah kerana ia Kelantan, maka isu sebegini tidak harus ditimbulkan? Tepuk dada tanyalah iman.
1 comment:
walaupun negeri kelantan terkenal dengan identiti keislamikan, tetap tak boleh lari daripada terjadi perkara-perkara seperti ini sebab di mana-mana sahaja, aksi sedemikian sudah menjadi lumrah dalam kehidupan. pokok pangkalnya senang sahaja, laksanakan hukum hudud di malaysia, negara yang didakwa negara islam. insya allah, aksi seperti ini mungkin kita takkan lihat lagi.
Post a Comment