Ini persundalan tahap paling menjijikkan, kisah jilat-menjilat ludah sendiri yang paling nikmat dalam sebuah kumpulan mahasiswa lelaki dan perempuan yang kononnya suci bersih tetapi sebenarnya amat keji perlakuan mereka.
Tempatnya di Universiti Malaya, universiti tertua dan menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia. Universiti ini juga melahirkan begitu ramai pemimpin negara baik daripada Barisan Nasional mahupun Pembangkang.
Di Bilik Seminar 24 (BS 24), Akademik Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, mereka sering bersundalan dan merancang nikmat haram bagi memuaskan nafsu seekor sesumpah politik bernama Anwar Ibrahim. Jangan lupa , sesumpah politik ini (diberi gelaran sedemikian oleh sebuah akhbar berpengaruh di Israel) juga adalah bekas mahasiswa bermasalah dari Universiti Malaya!
Di bilik ini mereka merancang aktiviti dan menyebarkan ideologi pembangkang dalam kalangan mahasiswa.
Pada malam 14 April 2012, di bilik ini jugalah mereka merencana pergerakan dalam demonstrasi Anti-PTPTN yang berlangsung di Dataran Merdeka. Natijahnya, seperti yang kita lihat, mereka bukan mahu berhimpun semata-mata. Sekumpulan mahasiswa diketuai antaranya oleh Khalid Ismath, Adam Adli dan Safwan Anang mengalungkan bunga malai atau bunga kematian (mengikut agama Hindu) pada potret Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khaled Nordin. Biadap bukan? [SINI]
Hasil perbincangan yang dihoskan oleh Safwan Anang (ketika itu ialah Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam UM) dalam BS 24 ini juga, mereka memutuskan untuk menjalankan ritual pengebumian kedua-dua pemimpin negara itu mengikut adat kebudayaan masyarakat Hindu. Tugas ini kemudiannya diserahkan kepada Mandeep Singh, Pengerusi Kelab Mangsa PTPTN yang baru-baru ini gagal dalam usahanya menyaman perbadanan tabung pendidikan tinggi tersebut [SINI].
Ini hanya mukaddimah bagi yang tak tahu tentang perkembangan muktahir politik kampus di Malaysia. Politik kampus terutamanya di Universiti Malaya sebenarnya sudah teruk dicemari oleh persundalan mahasiswa-mahasiswi pro-pembangkang.
Insiden seperti kepala babi diletakkan dalam surau API misalnya, amat tidak masuk akal tetapi itulah yang berlaku pada Februari 2009 ketika kempen Pilihan Raya Kampus (PRK) di Universiti Malaya. Kepala babi beralaskan bendera PAS itu diletakkan dalam sebuah surau yang didakwa sebagai kubu kuat Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM dan hampir 24 jam beroperasi, jadi bagaimana ia boleh dilakukan? Dalam reaksi serta merta, PMI telah menuduh ia adalah sabotaj daripada jentera Penggerak UM dan UMNO. Sekali lagi, adakah ia masuk akal?
Kepala babi diletakkan dalam surau API di UM pada ketika kempen PRK UM 2009. |
Beralaskan bendera PAS, akhirnya UMNO dan Penggerak yang dipersalahkan. Adakah UMNO dan Penggerak begitu bodoh? |
Natijah daripada insiden ini amat besar. Pro-M UM akhirnya menang besar. Impak isu ini juga turut terpalit pada UMNO dan Barisan Nasional yang akhirnya tewas dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu [SINI].
Berdasarkan maklumat dalaman sendiri, ia sebenarnya telah dirancang dengan rapi bagi menjatuhkan kem Penggerak Mahasiswa UM yang ketika itu juga baru sahaja menjalani proses rebranding. Lebih tepat, ia sebenarnya adalah fitnah jahat yang sengaja dirancang selepas 'dihalalkan' oleh pimpinan atasan dengan alasan untuk menjatuhkan musuh Islam! Nauzubillah.
Peristiwa tersebut berlaku dalam masa yang amat singkat sehingga pihak Penggerak UM sendiri tidak mampu mengeluarkan sebarangan kenyataan.
Hingga hari ini juga, tidak ada sesiapa pun yang mahu buka mulut secara terbuka dan bercerita tentang insiden yang berlaku ini. Bukan kerana takut, tetapi masing-masing bingung dan hairan. Masing-masing tidak mahu ambil risiko menyebarkan cerita yang tidak benar walaupun kes ini telah disiasat dengan rapi oleh pihak polis. Hanya individu-individu tertentu sahaja tahu kerana merekalah perancang utama insiden ini. SB harap mereka segera bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam.
Percayalah, lebih banyak kisah persundalan Bilik Seminar 24 akan didedahkan selepas ini. SB tidak akan teragak-agak demi menjaga kesucian agama kita daripada terus diperalatkan oleh golongan mahasiswa sebegini. Nauzubillah. Sesungguhnya SB berlindung dengan Allah SWT daripada segala fitnah dunia.
No comments:
Post a Comment