Buku Jinggay. |
Pernahkah anda membaca Buku Jingga? Kalau tidak sepenuhnya pun, mungkin anda pernah membaca semuka dua. Tak Pernah? Bagus! Anda tak perlu membuang masa cuba memahami temberang-temberang yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam buku tersebut.
Salah satu kempen penting Anwar Ibrahim ketika ini ialah menawarkan pendidikan tinggi secara percuma sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru pasca PRU-13. Soalnya, benarkah janji-janjinya itu turut dimuatkan dalam Buku Jingga yang konon-kononnya adalah kitab penyelesai segala masalah di negara kita ini?
Anda jangan sesekali tersilap! Solusi sebenar yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat bukanlah memberikan pendidikan tinggi secara percuma. Malah mereka langsung tidak berniat memansuhkan PTPTN sebagaimana yang diuar-uarkan ketika ini.
Inilah permainan politik sebenar Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli si Jambu Belaan Anwar dan pemimpin-pemimpin mahasiswa pro-pembangkang seperti Adam Adli, Khalid Ismath, Syahid Zaini dan lain-lain.
Berdasarkan dokumen yang dicatatkan dalam Buku Jingga, solusi yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat ialah menawarkan pinjaman mudah tanpa faedah di samping memastikan peminjam (graduan) mendapat kerja selepas tamat pengajian. Lihat bukti di bawah.
Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti. Retorik janji Anwar. |
Hal ini dinyatakan secara jelas dalam komponen Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti yang kononnya mahu menyegerakan pelan pemulihan krisis kredibiliti dan mutu pendidikan tertiari tempatan.
Ironinya, segala perancangan yang ditulis oleh thinker Anwar itu telah pun difikirkan, dan dilaksanakan oleh kerajaan hari ini. Buktinya, pemansuhan kadar faedah 3 % yang dikenakan oleh PTPTN ketika Anwar masih lagi menjadi anggota kabinet telah pun dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ditukar kepada sistem upah atau ujrah dengan kadar 1% baru-baru ini.
Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, gesaan menurunkan kadar faedah sebelum ditukar kepada sistem ujrah ini telah dibuat oleh pimpinan Aspirasi Mahasiswa bermula sidang 2008/09 lagi. Anehnya, mereka tidak perlu pun berdemonstrasi secara liar di Dataran Merdeka.
Kaedah yang digunakan pula lebih kepada jalan diplomasi dan perbincangan secara bijaksana dan konsisten dengan pihak-pihak yang terbabit. Bukannya mengheret seluruh anggotan masyarakat ke jalanan seperti yang dilakukan oleh Adam Adli, Khalid Ismath dan Syahid Zaini pada 14 April 2012 yang lalu.
Sungguh kasihan. Kumpulan mahasiswa begini begitu mudah ditipu bulat-bulat oleh Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli si Jambu Belaan Anwar itu.
No comments:
Post a Comment