Dua hari lepas SB terima kiriman emel dari seorang pembaca dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.
Kiriman emel itu berupa sekeping gambar printscreen berserta sedikit penerangan berkenaan kenyataan salah seorang pelajar USIM yang kesal dengan sokongan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu terhadap pemimpin agung Syiah Iran, Ayatollah Khomeini.
Pelajar berkenaan dikatakan salah seorang penyokong kuat PAS yang teguh prinsip Islaminya. Lantaran itulah beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Walaupun mungkin tidak meninggalkan apa-apa impak kepada PAS, namun pelajar terbabit ternyata berani menegur pimpinan pusat parti Islam terbesar itu. Lihat prinstscreen tersebut di bawah.
Pelajar USIM yang kesal dengan sokongan Mat Sabu terhadap Imam Agung Syiah Iran. |
Mat Sabu sememangnya diketahui amat menyanjung tinggi ketokohan Imam Syiah tersebut. Dalam data profilnya yang dimuatnaik dalam website peribadi Timbalan Presiden PAS itu, Mat Sabu secara terbuka melabelkan Ayatollah Khomeini sebagai idolanya dalam perjuangan Islam walaupun mengetahui kesesatan akidah Syiah. Lihat bukti di bawah.
Kenyataan dalam profil Mat Sabu yang dimuatnaik dalam website Timbalan Presiden PAS itu secara terbuka melabelkan Ayatollah Khomeini sebagai idolanya. |
Selain itu, Mat Sabu juga beberapa kali secara terbuka, mengulangi kekagumannya terhadap Ayatollah Khomeini terutamanya ketika bercemarah di pentas PAS.
Harakahdaily juga pernah menyiarkan kenyataan Mat Sabu yang mengagumi usaha Ayatollah Khomeini mengagih-agihkan hadiah kepada penganut Kristian ketika sambutan Hari Krismas di Iran. Lihat bukti di bawah.
Petikan foto dari blogger Pena Minang. Mat Sabu kagum berlebih-lebihan terhadap Ayatolah Khomeini walaupun tahu Syiah itu sesat. |
Walaupun bagi sesetengah pihak ia sesuatu yang bersifat diplomatik, namun tindakan Imam Agung Syiah itu sebenarnya telah menyanggahi prinsip-prinsip akidah Islamiah.
Ironinya, Syiah bukanlah satu cabang mazhab Islam tetapi ia lebih kepada satu bentuk agama baru mengikut pandangan jumhur ulamak. Jadi kenapa Mat Sabu boleh meletakkan individu yang tidak sepatutnya sebagai idola dalam perjuangannya di negara ini? Klik SINI untuk memuaturun fail fatwa yang mengharamkan Syiah.
Mungkin itulah yang bermain di hati dan fikiran pelajar USIM berkenaan. Justeru tidak hairanlah jika beliau sendiri mengharapkan Mat Sabu tidak dipilih lagi sebagai Timbalan Presiden PAS dalam muktamar akan datang.
Kepada ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) di seluruh negara, adakah anda redha dengan hal ini? Buktikan kebebasan bersuara yang anda laung-laungkan selama ini!
No comments:
Post a Comment