Minit mesyuarat tanpa tandatangan? |
Sejauh mana kebenaran pendedahan Ops 2020 yang dibuat oleh kumpulan mahasiswa pro-pembangkang baru-baru ini tidak perlu diperdebatkan lagi. Bukan soal tandatangan yang perlu kita bincangkan. Dalam bab menipu begini memang Pro-M Nasional selalu saja kantoi.
Ingat lagi peristiwa demonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi dalam cubaan kumpulan yang sama menyerahkan memorandum dan batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi? Memorandum yang ingin diserahkan itu mempunyai pelbagai kesilapan ejaan yang ketara dan paling teruk, ia tidak ditandatangani sehinggalah ditegur oleh Pegawai Khas Menteri. Itu memorandum.
Tapi itu bukan isunya lagi. Persoalan yang perlu kita tanya kepada puak-puak penjilat Anwar Ibrahim sekarang ialah, adakah selama ini pembangkang tidak pernah campur tangan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran, akademik dan politik kampus?
Apa cerita dengan UNISEL, KUIS dan KUIN? Semua IPT ini adalah milik penuh kerajaan negeri yang kini di bawah pentadbiran pembangkang seperti di Selangor dan Kedah. Itu belum cakap tentang kolej-kolej yang ditubuhkan selepas DAP menguasai Pulau Pinang seperti Han Jian, New Era dan Southern.
Kalau pembangkang di Malaysia benar-benar telus dan menghormati institusi pengajian tinggi negara, kenapa juga mereka beriya-iya sangat mahu AUKU dimansuhkan? Slogan Hidup!! Hidup!! itu dari mana pula datangnya kalau bukan daripada pembangkang sendiri? Dalam setiap ceramah dan demonstrasi, slogan Hidup!! Hidup!! inilah yang dijeritkan. Budaya siapakah ini? Mahasiswa atau pembangkang?
Jadi berhentilah daripada terus menjadi pencacai pembangkang. SB akan buat pendedahan-pendedahan susulan bagi membuktikan kewujudan campur tangan melampau pembangkang dalam politik kampus di negara ini. Anwar Ibrahim adalah orang yang perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam semua ini.
Tropicana.
BS 24.
B50.
Ada apa dengan nama-nama ini? Nama atau operasi, kita tunggu.
No comments:
Post a Comment