Malaysiakini, portal pro-pembangkang paling istiqamah menyerang kerajaan, semalam membuat laporan polis selepas mendapati salah satu kabel gentian optiknya 'dipotong' oleh pihak tertentu.
Menurut Pengurus Teknologi Maklumat portal tersebut, Danny Hong, mereka tidak menolak ia adalah satu perbuatan sabotaj.
"Lama berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan tersebut merupakan satu perbuatan sabotaj" - Mkini. |
Persoalannya, siapa yang nak sabotaj? Benarkah ia dipotong oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan portal tersebut, atau ada muslihat lain? Belum pun selesai siasatan polis, mereka sudah buat telahan sendiri.
Tak cukup dengan itu, ruang komentar yang dibuka juga menjadi medan kepada penyokong-penyokong pembangkang menjadi penyiasat tidak bertauliah.
Walaupun hal ini bersifat terpencil, namun polisi portal tersebut yang membenarkan pembaca menghantar komen secara bebas dan terbuka hanya mengeruhkan keadaan ini.
Anda boleh lihat sendiri komen-komen yang dilontarkan. Semuanya menuduh UMNO dan Barisan Nasional tetapi tiada siapa pun yang tampil mengemukakan bukti.
Jika hal ini ditanyakan kepada orang UMNO atau Barisan Nasional, maka sudah tentulah dinafikan keras-keras. Maka wujudlah polemik, kau tuduh aku, aku tuduh kau. Sampai bila?
Pada titik ini, kita akan kehilangan punca dalam perkelahian yang sebenarnya dicetuskan oleh pihak lain. Tanpa hujung pangkal, kita bercakaran sesama bangsa.
No comments:
Post a Comment