Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini dilaporkan berkata kerajaan akan membenarkan parti-parti politik menyiarkan manifesto masing-masing menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang kempen PRU 13 kelak.
Menurut beliau, ia susulan kelulusan yang diberikan oleh jemaah menteri terhadap kertas kabinet yang dibentangkan bagi menjamin kesamarataan kepada parti-parti yang bertanding.
==> Kebebasan ini adalah bersyarat. Jangan nanti ada yang salah faham. RTM buka untuk iklan manifesto sahaja supaya rakyat dapat menilai janji parti mana yang lebih meyakinkan dan boleh dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment