13 Jun 2012, Khalid Ismath, pelajar UiTM yang digantung pengajian selama 3 semester atas tiga kesalahan berbeza tampil dengan kenyataan akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya itu.
Kenyataan terbarunya ini ibarat menjilat kembali ludah yang telah dilemparkan. Selepas dijatuhkan hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib UiTM yang bersidang pada minggu lepas, Khalid Ismath menyatakan tidak akan membuat rayuan kerana Akta 174 yang digunapakai dalam prosiding tersebut adalah terlalu jijik bagi dirinya.
Namun selepas ditawarkan pelbagai bantuan termasuk khidmat guaman dan kewangan oleh Kerajaan PKR Selangor, akhirnya Khalid menukar pendiriannya itu.
Khalid Ismath yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang bernaung di bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut akan mencabar keputusan Jawatankuasa Tatatertib UiTM dengan bantuan peguam-peguam yang akan diupah oleh Kerajaan PKR Selangor kelak.
Apa yang menarik dalam perkembangan terbaru ini ialah tindakan putar belit Khalid sendiri yang mendakwa beliau dikenakan hukuman kerana menyertai demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu.
Benarkah seperti yang didakwa? Berdasarkan surat pertuduhan yang dikeluarkan oleh UiTM ke atasnya, tidak ada satu pun daripada ketiga-tiga kesalahan yang dinyatakan menyentuh tentang penyertaannya dalam demonstrasi BERSIH 3.0 itu. Rujuk SINI.
Tiga pertuduhan itu ialah : Kegagalan menghadiri kuliah, tutorial dan ujian dalaman universiti, Mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman iaitu bersetuju sekiranya seluruh anggota polis dibunuh susulan Rusuhan 28 April/BERSIH 3.0, Bertindak liar dan tidak sopan ketika demonstrasi Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di sekitar Dataran Merdeka termasuk menghasut orang ramai bertindak ganas.
Jika dilihat dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut, jelas sekali keputusan oleh Jawatankuasa Tatatertib UiTM adalah berasas. Walaupun Khalid berhak membuat rayuan tetapi beliau tidak sepatutnya berterusan memburukkan institusi pengajiannya itu, apatah lagi mengheret kes ini ke dalam kancah politik yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pembangkang.
No comments:
Post a Comment