MANSUHKAN PTPTN! |
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang kini sedang sibuk membuat roadshow ke seluruh universiti perlu memberikan fokus terlebih dahulu kepada UNISEL berhubung isu tindakan PTPTN menyekat pinjaman kepada para pelajar baru IPT milik penuh Kerajaan Negeri Selangor itu.
Antara tindakan yang perlu dilakukan segera ialah menggerakkan demonstrasi besar-besaran termasuk berkhemah di Dataran Merdeka. Ini penting supaya nasib para pelajar UNISEL terbela dan tidak menjadi mangsa kezaliman seperti yang didakwa oleh mereka.
Saudara Syahid Zaini, Pengerusi Sekretariat Malaysia Bangkit juga perlu memanfaatkan ‘cuti’ akibat digantung pengajian oleh Universiti Malaysia ketika ini untuk berkempen demi kepentingan pelajar-pelajar baru UNISEL.
Kerahkan juga mamat tiang bendera Adam Adli dan kaki panjat pagar, Safwan Anang untuk ikut berdemo. Kalau masih tak cukup kuat, kerahkan keluarga Khalid Ismath termasuk ibu dan ayahnya. Mereka ini semuanya taksub kepada Anwar Ibrahim dan sentiasa bersedia menurut arahan Anugerah Tuhan itu.
Anda mahu main? Sekarang permainan sudah bermula. Silakan berpencak! Silent majority sudah mula bersuara. Rasakan!
No comments:
Post a Comment