PR jual aset Kerajaan Negeri bukan hal baru
SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Negeri yang mahu guna asetnya sebagai usaha jangka pendek bantu pelajar selesaikan masalah termasuk isu pembekuan sementara pinjaman PTPTN Unisel bukan perkara baru bagi BN Selangor.
Timbalan Ketua Pembangkang Selangor, Wong Koon Mun mendakwa, hal itu sudah berulang kali berlaku di Selangor jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) gagal menyelesaikan sesuatu isu terutama melibatkan masalah kewangan.
Beliau mendakwa, sebelum ini, beberapa aset milik anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Yayasan Selangor dan Perbadanan Pertanian Negeri Selangor pernah dijual.
Sumber : Sinar Harian Online
Dengan reputasinya sebagai orang bisnes, maka tak hairanlah kalau MB PKR Selangor, Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah kewangan negeri dengan cara menjual aset-aset sedia ada atau dikenali sebagai kaedah liquidate asset.
No comments:
Post a Comment