Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man. |
Tanpa berselindung, SB akui kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru jemaah menangguhkan pemergian ke Mekah jika PRU 13 diadakan pada musim haji, ada asasnya.
Kenyataan yang dikeluarkannya itu bagi SB, bersifat umum dan hanya pandangan peribadinya sahaja. Tuan Ibrahim tidak mengarahkan atau mewajibkan jemaah menangguhkan hasrat mereka itu.
Namun, dalam situasi ketidaktentuan tarikh PRU 13 ketika ini, jemaah Malaysia tentu sekali berbelah bagi. Seperti kata Tuan Ibrahim, ada antara jemaah itu bakal menjadi calon, ketua jentera, tenaga penggerak jentera dan paling penting, hak mereka sebagai pengundi yang sah perlu diambil kira.
Dalam situasi ini, hukum memilih kerajaan sebenarnya lebih utama dan perlu diutamakan kerana ia sudah menjadi tanggungjawab umat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik.
Justeru isu ini tidak wajar dipolitikkan lagi. Setiap umat Islam wajib memahami keperluan dalam mengerjakan setiap tuntutan yang diperintahkan ke atas kita.
Hanya ada satu sahaja cara bagi mengendurkan polemik ini iaitu jaminan daripada Perdana Menteri sendiri bahawa PRU 13 tidak akan diadakan pada musim haji yang akan datang seperti yang dituntut oleh Tuan Ibrahim Tuan Man itu.
Soalnya sekarang bersediakah Dato’ Seri Najib mengumumkannya lebih awal?
No comments:
Post a Comment