KENYATAAN MEDIA AMK MALAYSIA 6 JUN 2012
SEKATAN PENDANAAN PENGAJIAN TINGGI DI UNISEL SEBAGAI BUKTI KERAJAAN UMNO-BN MENGHUKUM MAHASISWA KERANA MENYOKONG DASAR PENDIDIKAN PERCUMA PAKATAN RAKYAT
Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia berasa kesal dengan tindakan PTPTN dan pentadbiran kerajaan BN yang menyekat pinjaman pengajian mahasiswa baru UNISEL seperti yang dilaporkan. Tindakan ini jelas menunjukan sikap zalim dan tidak profesional UMNO Barisan Nasional di dalam memberikan khidmat kepada mahasiswa dan anak muda.
Tindakan ini persis menghukum mahasiswa dan anak muda kerana menyokong dasar baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan pendidikan percuma dari pendidikan rendah hingga pengajian tinggi.
Jika benar slogan Dato Seri Najib Razak, ‘Rakyat Didahulukan’ seharusnya regim UMNO Barisan Nasional memikirkan langkah untuk mengukuhkan sistem pendanaan pengajian tinggi mahasiswa.
Namun malang rakyat Malaysia kerana berlaku sebaliknya. BN dengan rakus menghukum sokongan mahasiswa ini dan menuding tanggugjawap pendidikan ini kepada kerajaan negeri.
Biro Mahasiswa ingin menegaskan bahawa, Malaysia adalah Negara yang menjunjung perlembagaan. Di dalam Jadual 9, senarai I perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa pendidikan merupakan salah satu daripada tanggungjawap Kerajaan Persekutuan. Justeru adalah tidak adil untuk pihak BN selaku kerajaan persekutuan melapaskan tanggungjawap ini sewenang-wenangnya kepada kerajaan negeri.
Pihak kerajaan negari juga terpaksa menanggung beban dengan perlu membayar lebih RM 24 juta hasil perjanjian konsesi berat sebelah kerajaan negeri dan syarikat kroni sewaktu UMNO memegang pentadbiran Selangor.
Pihak Biro Mahasiswa ingin menegaskan bahawa tindakan zalim ini akan mengundang padah yang lebih besar dan meniup lagi kebangkitan Mahasiswa. Saya ingin menyeru dan mendesak pihak yang bertanggungjawap agar menimbang semula langkah dangkal yang dicadangkan untuk diambil dengan menyekat pinjaman kepada Mahasiswa atas alasan kerajaan BN tidak mampu menawarkan dasar pendidikan percuma yang memihak kepada rakyat.
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Pengarah Biro Mahasiswa AMK Malaysia
0133005461
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nah! Baru tahu langit tinggi ke rendah. Bak kata Nabil Raja Lawak, ini makan dia. Ironinya, selama ini mereka hanya tahu bersyarah siang dan malam dan menyalahkan kerajaan pusat dalam setiap isu yang dibangkitkan.
Kenapa Kerajaan PKR Selangor tidak ambil peluang besar yang terhidang ini untuk buktikan segala janji mereka?
Bukankah selama ini mereka kata pendapatan negeri Selangor sebagai tertinggi di Malaysia sejak PKR mengambil alih pemerintahan?
Bukankah juga UNISEL berada di bawah penguasaan kerajaan negeri? Walaupun ia ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu (BN), tetapi situasi sudah berubah. UNISEL kini milik penuh kerajaan negeri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Apa lagi masalahnya? Tunaikanlah janji pendidikan tinggi percuma yang diuar-uarkan tu. Hutang RM24 juta hasil perjanjian konsesi yang didakwa oleh AMK juga tidak harus diletakkan sebagai halangan kerana pendapatan kerajaan negeri Selangor lebih daripada cukup untuk menampung kos-kos berkaitan. Kata nak bagi pendidikan tinggi percuma, kena la berkorban.
Kepada rakyat Selangor, anda nilaikanlah sendiri. Anda juga memegang hak untuk membuat pilihan. Masih banyak IPTA di Malaysia yang boleh dimohon dan yang penting, semua IPTA ini tidak mempunyai masalah dengan PTPTN. Hanya UNISEL sahaja.
Dan kepada AMK, khususnya Pengarah Biro Mahasiswanya, penuntut UNISEL memang jadi mangsa. Tapi mereka adalah mangsa kepada politik bodoh tahap longkang anda sendiri!
Klik SINI untuk mengikuti isu sebenar.
No comments:
Post a Comment