Haziq Abd Aziz, pelajar UM mengherdik Sultan Johor secara terbuka. |
Siapa Haziq? Nama pelajar ini muncul seangkatan dengan kemunculan Adam Adli, Khalid Ismath, Syukri Razab dan lain-lain ketika negara dikejutkan dengan tindakan biadap mereka menurunkan bendera Dato Seri Najib di PWTC tahun lepas.
Haziq juga salah seorang pimpinan dalam Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang dinaungi PKR dan PSM, sama seperti Khalid Ismath Syiah.
Baru-baru ini Haziq dikenakan hukuman gantung pengajian selama satu semester bermula September ini di samping dua lagi aktivis mahasiswa Universiti Malaya iaitu Safwan Anang dan Syahid Zaini susulan penglibatan mereka dalam demonstrasi liar Anti-PTPTN pada 14 April 2012.
Namun begitu populariti anak muda ini kelihatan sedikit ketinggalan berbanding Adam Adli dan Khalid Ismath. Menurut sumber dalaman kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dianggotai oleh pertubuhan-pertubuhan aktivis mahasiswa haluan kiri ini, Haziq dikatakan mempunyai masalah dengan Adam Adli tetapi lebih condong kepada Safwan Anang yang ketika ini ialah Pengerusi SMM.
Konflik dalaman ini semakin ketara selepas SMM mengumumkan hasrat untuk menyertai PRU 13 atas tiket Pakatan Rakyat di mana Adam Adli adalah calon popular dalam kalangan pimpinan PKR berbanding Haziq dan Safwan serta Khalid Ismath.
Justeru tidak mengejutkan dalam situasi ini, masing-masing berusaha menonjolkan diri termasuk mencetuskan apa-apa sahaja kontroversi seperti yang dilakukan oleh Khalid Ismath dan Adam Adli sebelum ini supaya mendapat perhatian tambahan daripada pimpinan Pakatan Rakyat.
Ironinya, kekuatan SMM sendiri amat boleh dipertikaikan. Walaupun menggelarkan diri mereka sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), hakikatnya kumpulan aktivis mahasiswa ini bukanlah pilihan dalam kalangan majoriti penuntut universiti di negara ini.
Sebagai contoh, warga UiTM sendiri sebulat suara menolak Khalid Ismath susulan tindakan-tindakannya yang telah banyak menyusahkan dan memalukan UiTM selama ini. Klik SINI.
Pun begitu Haziq kelihatan agak bodoh apabila mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Sultan Johor membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1, mengulangi tindakan sama yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri Nizar bin Jamaluddin baru-baru ini.
Tindakan Haziq itu dilihat bakal mencetuskan polemik dan kebencian baru rakyat Johor terhadap Pakatan Rakyat dan golongan mahasiswa amnya sekali gus menggugat peluang pembangkang di Johor dalam PRU 13 kelak.
No comments:
Post a Comment