4 Jun 2012, sebuah video telah dimuat naik oleh DAP di youtube yang cuba memaparkan sisi positif Rusuhan 28 April atau lebih dikenali sebagai BERSIH 3.0 dengan menghalakan sepenuhnya peluru ke arah Barisan Nasional khususnya Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak. Lihat video di bawah.
Video ini telah disunting dengan begitu 'sempurna' sehingga tidak kelihatan langsung sisi hitam di sebalik Rusuhan 28 April itu.
Susulan penyiaran video ini, Ahli Parlimen Bayan Baru yang juga bekas ahli PKR, Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim menyatakan rasa terkejutnya kerana DAP bertindak sedemikian rupa hanya untuk memburukkan pihak POLIS dan kerajaan Barisan Nasional.
Malah menurut beliau lagi, video tersebut juga memaparkan secara jelas tindakan memanipulasi golongan kanak-kanak sepanjang siri demonstrasi BERSIH diadakan membabitkan siri 1, 2 dan 3 oleh Pakatan Rakyat.
SB juga terkejut kerana sepanjang 15:51 minit durasi video ini, langsung tidak ditayangkan 'keganasan' yang dilakukan oleh para 'perusuh' ke atas harta benda awam dan anggota keselamatan yang bertugas pada hari kejadian.
Inilah sikap terkutuk DAP yang sebenar. Mereka hanya menangguk di air keruh. Ketika demonstrasi tersebut diadakan, berapa keratkah ahli DAP yang turun 'bertempur' di barisan hadapan? Berapa ramai ahli DAP yang cedera atau menjadi mangsa 'keganasan' POLIS seperti yang didakwa?
DAP sebagai sebuah parti cauvanist ultra-kiasu hanya bergembira apabila melihat orang Melayu bergaduh sesama sendiri. DAP hanya mahukan orang Melayu berperang kerana dengan cara itu sahajalah mereka dapat menguasai tanah berdaulat ini dengan lebih cepat.
Psssttt.. Ingat semua, hanya di Malaysia sahaja orang Melayu diberikan keistimewaan oleh Allah SWT untuk memimpin salah satu bangsa terbesar di dunia iaitu Cina. Ia satu hakikat yang amat sukar ditelan sebenarnya oleh ultra-kiasu ini. Justeru kerana itulah mereka tidak akan berdiam diri selagi kedudukan kuasa dan politik orang Melayu ini tidak dilenyapkan!
No comments:
Post a Comment