Penasihat Ekonomi Selangor, DS Anwar Ibrahim berjaya 'menaikkan' rating UNISEL sejak PKR ambil alih Selangor pada 2008. |
Ada satu situasi. Dua orang lelaki pergi ke sebuah bank untuk memohon pinjaman kewangan. Seorang daripadanya memiliki rekod bayaran balik yang teruk. Manakala seorang lagi, membuat kenyataan tidak akan membayar semula wang yang dipinjam. Kedua-duanya berkeras mendesak pihak bank supaya memberikan pinjaman kepada mereka.
Agak-agak, apa pihak bank tu akan jawab?
Itulah situasinya dalam isu PTPTN menyekat pinjaman kepada para pelajar UNISEL yang akan memulakan pengajian bulan Julai ini.
UNISEL ketika ini diurustadbir oleh Kerajaan PKR Selangor. Baru-baru ini Ketua Umumnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyeru supaya para peminjam PTPTN tidak lagi membuat bayaran balik kepada institusi tersebut sebagai menyokong kempen pendidikan percuma oleh Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam |SINI| menyelar tindakan PTPTN itu. Menurut beliau, PTPTN telah bertindak zalim ke atas pelajar UNISEL.
Soalnya sekarang siapa yang zalim? PTPTN telah lama berkhidmat kepada rakyat Malaysia termasuk SB sendiri. PTPTN juga membiayai para pelajar UNISEL sejak ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri terdahulu. Malah sejak 2008 ketika PKR mula mengambil alih negeri Selangor, PTPTN masih menyalurkan pinjaman kewangan kepada para pelajar UNISEL yang layak.
Namun situasi mula berubah apabila Anwar Ibrahim mencanangkan isu pendidikan percuma. Maruah PTPTN dirobek teruk siang dan malam, dituduh sebagai pemeras wang rakyat, along berlesen dan bermacam lagi penghinaan. Kemuncaknya, peranan PTPTN diperlekehkan dengan teruk sekali oleh Anwar Ibrahim apabila mendesak orang ramai agak tidak membayar semula pinjaman mereka.
Justeru PTPTN sebagai institusi yang diberikan tanggungjawab menyediakan peruntukan kewangan kepada pemohon berhak mengambil tindakan tersebut.
Mana-mana bank sekali pun tidak akan mengeluarkan pinjaman sekiranya pemohon awal-awal lagi menyatakan niat mereka untuk tidak membuat bayaran balik. Inikan pula PTPTN yang bergantung kepada wang tersebut untuk membiayai pemohon-pemohon baru.
No comments:
Post a Comment