Fahmi Reza, bekas pelajar tajaan sebuah GLC terkemuka yang gagal menamatkan pengajiannya di luar negara, meneruskan kebiadabannya dalam agenda menyebarkan fahaman freedom dan pluralisme dalam kalangan mahasiswa di negara ini.
Terbaru, anak didik Hishamuddin Rais ini memperlekehkan suara seorang ulamak yang disegani apabila memuat naik gambar yang telah diedit di dinding Facebooknya. Lihat gambar tersebut seperti di bawah.
![]() |
Keilmuan seorang ulamak diperlekehkan dengan mudah. |
Fahmi didapati telah memanipulasi kenyataan ulama pondok dari Kelantan, Abdullah Sa’amah, yang dipetik oleh Utusan Malaysia dalam laporan bertarikh 8 Ogos 2012 bertajuk ‘Haram Sokong DAP’ bagi menarik perhatian orang ramai terhadap kempen Occupy Dataran yang dicetuskannya sebelum ini.
Melalui kempen tersebut, Fahmi Reza dan kumpulannya menggunakan topeng V yang diinspirasikan daripada watak Vandetta dalam filem V For Vendetta. Filem ini memaparkan idea kebangkitan rakyat menentang kekejaman pemerintah.
Tindakan biadap oleh Fahmi ini dipercayai bertujuan menaikkan semula imej kumpulannya yang semakin tenggelam selepas pertengkaran dengan kumpulan Pro-Mahasiswa Nasional susulan kempen perkhemahan di Dataran Merdeka antara 14 April hingga 28 April yang lalu.
Dalam perkhemahan tersebut, grup Occupy Dataran yang diketuai Fahmi didakwa mengambil kesempatan di atas kebangkitan mahasiswa pro-pembangkang yang bergerak melalui Sekretariat Malaysia Bangkit ketika melancarkan demonstrasi liar Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka.
Tindakan ini dikatakan telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Pro-Mahasiswa Nasional termasuk Syahid Zaini yang mengetuai Sekretariat Malaysia Bangkit sehingga membawa kepada pertelingkahan antara pemimpin gerakan tersebut.
![]() |
Fahmi Reza |
Justeru bagi menaikkan kembali kumpulannya, Fahmi Reza sengaja mencipta polemik ini dengan mengambil kesempatan di sebalik penegasan yang dibuat oleh ulamak Abdullah Sa’amah berhubung hukum orang Islam mengundi DAP.
Apa yang menghairankan ialah begitu ramai yang terpengaruh dengan persepsi yang dimainkan oleh penganut fahaman sosialis ini sehingga tergamak menghina dan mencaci ketokohan ulamak pondok berkenaan.
Nauzubulillah. Semoga Fahmi Reza diberikan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan.
SB : Fahmi Reza baru sedar ke topeng ni HARAM?
No comments:
Post a Comment