Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terdesak. Terbaru, atas arahan Anwar Ibrahim, campur tangan ke atas kelompok mahasiswa diperhebatkan melalui penubuhan Mahasiswa Keadilan selepas gerakan Malaysia Bangkit yang dipelopori Syahid Zaini, bekas penuntut Universiti Malaya, dilihat tidak memberikan kesan yang diharapkan oleh Anwar.
Bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat Tropicana, Damansara, cabang baru proksi Anwar itu dilancarkan pada pagi tadi sambil disaksikan oleh Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan beberapa orang lagi pimpinan parti.
Beberapa orang pimpinan mahasiswa pro-Anwar dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga telah hadir menyokong usaha tersebut sekali gus menjadi ahli terawal. Antaranya termasuklah Haziq Abdul Aziz, Khalid Ismath, Safwan Anang, Adam Adli dan lain-lain.
SB dimaklumkan, tujuan utama Anwar menubuhkan Mahasiswa Keadilan adalah untuk menggerakkan semula momentum sokongan mahasiswa seluruh Malaysia terhadap dirinya menjelang PRU 13 dengan mengoptimumkan peranan keldai-keldai mahasiswa seperti Adam Adli, Khalid Ismath dan rakan-rakan yang lain.
Anwar juga berusaha keras memastikan sokongan mahasiswa atas pagar tidak menyebelahi kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dijangkakan akan bermula pertengahan September ini melibatkan 20 IPTA seluruh negara.
Dengan pelancaran Mahasiswa Keadilan ini juga, Anwar berharap setiap pimpinan mahasiswa yang dilantik dapat menenggelamkan pengaruh kumpulan mahasiswa pro-PAS yang diketuai oleh anak bekas Imam Besar Masjid Negara, Taib Azamudden iaitu Saudara Akram Ikrami melalui GAMIS.
Ia susulan ugutan yang dibuat oleh pimpinan GAMIS untuk keluar daripada pakatan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kerana tidak berpuas hati dengan cara berpolitik yang diamalkan oleh kumpulan mahasiswa pro-Pakatan Rakyat ketika ini |SINI| dan |SINI|.
Sehubungan itu, Anwar telah menjanjikan dana tanpa had kepada aktivis mahasiswa yang kini bernaung di bawah Mahasiswa Keadilan bagi menjalankan aktiviti mereka menjelang pilihan raya kampus dan PRU 13 kelak.
Anehnya, ketika pelancaran sebentar tadi, seorang lagi tokoh yang disanjung anak muda dalam Pakatan Rakyat, Chegu Bard, dilaporkan tidak dijemput oleh pihak penganjur. Chegu Bard yang gah dengan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Asalkan Bukan UMNO (A.B.U) dikatakan semakin tersisih susulan peningkatan mendadak yang ditunjukkan oleh Rafizi Ramli sejak belakangan ini.
Adakah ini petanda Chegu Bard semakin tidak popular di mata Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah?
No comments:
Post a Comment