Sesuai dengan judul yang diberikan, sengaja SB tampilkan video di bawah untuk tatapan kita semua. SB fikir ia bertepatan dengan isu Hudud yang kembali panas akhir-akhir ini.
Di Acheh, Hudud dilaksanakan sebagai hukuman, bukan untuk berpolitik. Ia dijalankan selepas usaha tarbiyah dan pencegahan dilakukan terlebih dahulu.
Dalam konteks negara kita, kefahaman umat terhadap perlaksanaan hukum Had yang terkandung di dalam al-Quran ini sebenarnya masih terlalu rendah, bahkan yang mengaji dan memahami isu kandungan al-Quran itu sendiri boleh dikatakan terlalu kecil bilangannya.
Justeru bagaimana ia boleh ditegakkan jika umat Islam sendiri gagal memahami hikmah hukum Allah ini? Bagaimana pula dengan orang bukan Islam?
Lantaran itu SB amat-amat teruja dengan usaha ILMU yang akan membuat tour bagi menjelaskan hukum-hakam di dalam al-Quran ini kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, bukan semata-mata orang Islam.
Malangnya usaha ini seolah-olah tidak digemari oleh PAS yang selama ini melaung-laungkan slogan Hudud dan Negara Islam dalam setiap ceramah dan kempen pilihan raya mereka.
Inisiatif ILMU mengirim surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan untuk berbincang tentang hal ini juga belum disambut dengan sapaan yang diharap-harapkan oleh sekretariat ilmuan muda tersebut.
SHAH ALAM 28 Ogos 2012 – Surat rasmi untuk bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dihantar oleh Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), tetapi belum mendapat respon rasmi daripada Mursyidul Am Pas itu.
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, surat tersebut dihantar berdasarkan permintaan bermuzakarah antara Pas dan Umno pada 6 Jun yang lalu.
Menurutnya, Ilmu mahu berbincang dengan Nik Abdul Aziz mengenai isu hudud dengan lebih serius dan profesional, bukan untuk bertikam lidah.
“Kita sudah hantar surat muzakarah kepada Pas dan surat tersebut diterima oleh Setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz, Ahmad Fadhli Shaari.
“Oleh kerana surat telah dihantar untuk tujuan sama, rasanya tidak perlu surat untuk kali kedua,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihaknya akan menulis surat jemputan secara rasmi kepada Menteri Besar Kelantan itu untuk berbincang isu hukum hudud.
Pada 26 Ogos lalu, Fathul Bari mempelawa Nik Abdul Aziz berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.
Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Usaha ILMU ini sudah cukup untuk menjadi bukti awal bahawa UMNO tidak pernah menolak Hudud seperti yang digembar-gemburkan.
Sebaliknya, UMNO sedia berkerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PAS kerana sedar, perlaksanaan hukum ini memerlukan gandingan bersepadu daripada orang Islam sendiri sebelum digazetkan secara sah di negara kita.
Inilah masanya untuk ulamak-ulamak PAS membuktikan keikhlasan mereka dalam membawa agenda Hudud dan Negara Islam. PAS perlu sedar, hanya dengan UMNO sahaja yang memungkinkan hasrat tersebut dapat dicapai demi kebaikan seluruh umat Islam di Malaysia. Bukan dengan PKR. Bukan dengan DAP Laknatullah!
No comments:
Post a Comment