Anwar Ibrahim mempunyai satu kelemahan yang amat ketara. Ketua Pembangkang ini terlalu percaya kepada orang-orang kanannya serta terlalu mengejar kuantiti berbanding kualiti. Tapi itu belum cukup barangkali untuk mendorong Anwar lebih berhati-hati. Buktinya, baru-baru ini Anwar mengarahkan penubuhan Kelab Mahasiswa Keadilan (KIMAK) dengan mengumpul mahasiswa-mahasiswi yang memujanya sebagai bakal Perdana Menteri.
Apa masalahnya dengan KIMAK ini? Masalahnya ialah Anwar sedang mengumpul sejumlah besar pelajar yang bermasalah baik dari segi akademik mahupun sahsiah diri. Ada yang terkandas dalam pelajaran kerana terlalu sibuk ke jalanan berdemonstrasi. Ada yang dilabel anak derhaka kerana membelakangkan ayah sendiri. Ada yang digantung pelajaran kerana menentang universiti tempat mereka menuntut ilmu.
Adakah pelajar begini yang diharapkan oleh Anwar untuk memimpin masyarakat di masa hadapan? Atau Anwar sekadar membonekakan golongan cetek akal sebegini untuk kepentingan politik sempitnya semata-mata? Siapa pelajar-pelajar ini? Ayuh kenali sebahagian ahli KIMAK Anwar ini!
Khalid Ismath
Khalid Ismath, penuntut UiTM. |
Ahli KIMAK ini dikesan berada ketika kelab ini ditubuhkan di HQ Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana, Damansara minggu lepas. Klik SINI.
Khalid Ismath yang dikenali mendokong Syiah telah digantung pengajian selama 3 semester oleh Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Shah Alam kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan disiplin yang serius.
Selain gagal menghadiri kuliah, kuiz dan ujian untuk satu tempoh yang lama, Timbalan Pengerusi KAMI ini turut terlibat dalam Demonstrasi Liar Mansuh PTPTN pada 14 April 2012, bertindak ganas ketika Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 dan mencemarkan nama baik universiti sendiri dalam beberapa tindakan biadap sebelum itu.
Antara kebiadapannya yang paling diingati boleh dilihat seperti dalam rakaman video di bawah yang diambil oleh Krew KAPAK ketika Demonstrasi Liar Mansuh PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka.
Rakaman awal video ini mengandungi suara Khalid Ismath yang menyeru rakan-rakannya 'mengebumikan' kedua-dua pemimpin negara iaitu Perdana Menteri, DS Najib dan Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin.
Haziq Abdullah Aziz
Haziq Abdullah Aziz, penuntut Universiti Malaya. |
Haziq, pelajar Universiti Malaya ini turut dikesan berada di HQ PKR ketika KIMAK dilancarkan. Pelajar ini turut menerima nasib yang sama seperti Khalid Ismath kerana digantung pengajian oleh pihak universiti atas kesalahan disiplin yang serius.
Haziq merupakan individu bertanggungjawab mengusung potret Perdana Menteri ketika Demonstrasi Liar Mansuh PTPTN pada 14 April 2012 di samping menggerakkan KAMI bersama Khalid Ismtah. Rujuk foto di bawah.
Haziq mengusung potret Perdana Menteri yang dikalungkan bunga malai atau bunga kematian mengikut adat masyarakat Hindu. |
Pelajar bermasalah dalam pengajian ini turut terlibat dalam insiden pergaduhan dengan penguatkuasa DBKL ketika menyuraikan perkhemahan Occupy Dataran yang dipimpin oleh Fahmi Reza, aktivis sosialis pentaksub Hishamuddin Rais, dalam kempen menuntut pendidikan percuma Pakatan Rakyat pasca Demonstrasi Liar 14 April 2012. Cerita lanjut klik SINI.
Haziq juga terlibat di barisan hadapan ketika Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 yang membawa kepada penggantungannya selama satu semester di Universiti Malaya.
Adam Adli
Adam Adli, penuntut UPSI. |
Pemuda paling biadap dalam sejarah negara ini pernah dicemuh dan dicaci oleh masyarakat kerana kebodohannya bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pada penghujung tahun lepas di perkarangan bangunan PWTC. Rujuk foto di bawah.
Adam Adli bersama pimpinan SMM menceroboh PWTC dan menurunkan bendera Perdana Menteri. |
Tindakannya itu kononnya bagi menuntut kebebasan akademik yang lebih luas. Adam menyifatkan tindakannya sebagai simbolik suara mahasiswa indipenden tetapi ia tidak dapat diterima oleh masyarakat kerana disifatkan amat dangkal, bodoh dan tidak mencerminkan keintelektualan golongan mahasiswa di Malaysia.
Susulan tindakannya itu dan beberapa tindakan lain yang tak kurang biadapnya, Adam akhirnya digantung pengajian selama tiga semester oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Dalam insiden lain, sekumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah bertindak merusuh di perkarangan pintu masuk utama UPSI pada malam Tahun Baru 2012 sebagai tanda protes terhadap keputusan penggantungan yang diterima oleh Adam Adli itu. Rujuk foto-foto di bawah sebagai bukti.
Safwan Anang
Safwan Anang, penuntut Universiti Malaya. |
Aktivis mahasiswa pro-pembangkang ini terkenal dengan jolokan “Safwan Pagar” berikutan tindakannya memanjat pintu pagar ketika rusuhan di perkarangan pintu masuk UPSI pada malam Tahun Baru 2012 bagi memprotes hukuman yang dikenakan ke atas Adam Adli.
Safwan Anang berkahwin dengan Mastura Abu Bakar, penuntut di Universiti Malaya yang pernah ‘menggemparkan’ negara kerana didakwa diculik sehari sebelum hari pembuangan undi dalam Pilihan Raya Kampus IPT berkenaan pada 20 Februari 2011. Rujuk keratan-keratan akhbar seperti di bawah.
Keratan akhbar Kosmo bertarikh 21 Februari 2011. |
Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Februari 2011. |
Ramai yang melihat insiden penculikan itu sekadar gimik politik kempen Pro-Mahasiswa UM, dan tak kurang juga yang berpendapat ia konspirasi pemimpin PAS bagi memburukkan pihak kerajaan secara terancang.
Buktinya, Mastura menang undi popular atau lebih tepat, undi simpati sebelum membuat “come back” selepas kiraan undi dilakukan. Rujuk foto di bawah.
Keratan akhbar mStar Online bertarikh 21 Februari 2011 |
Selepas berkahwin dengan Mastura, langkah politik Safwan semakin panjang kerana sudah dapat berdamping dengan keluarga pemimpin PAS Selangor (ibu Mastura merupakan salah seorang pemimpin Dewan Muslimat PAS Selangor).
Namun keputusannya menerima jawatan selaku Pengerusi SMM baru-baru ini dianggap sebagai satu kesilapan kerana SMM dilihat semakin cacamerba dalam mengatur gerakan mahasiswa pro-pembangkang di Malaysia muktahir ini.
Hal ini dibuktikan melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR), Syahmi Hazim. Rujuk foto di bawah atau klik SINI untuk laporan penuh isu ini.
Kenyataan akhbar Presiden GEMPUR yang disiarkan oleh Harakah Daily. |
Safwan Anang dilihat tidak berdaya memimpin gerakan mahasiswa haluan kiri itu hingga mendorong Anwar Ibrahim menubuhkan KIMAK.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment