SB pernah menulis tentang keretakan yang berlaku dalam kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang dikenali sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Klik SINI.
SMM yang dipimpin oleh Safwan Anang, penuntut kursus Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) ketika ini berhadapan krisis yang teruk berikutan perbezaan pendirian politik dalam kalangan ahli gabungannya membabitkan GAMIS, AKSI,KAMI, LMP dan lain-lain.
Shukri Razab, kiri, melepaskan jawatan selaku Pengerusi SMM kepada Safwan Anang. |
Keretakan ini paling ketara berlaku selepas Shukri Razab melepaskan jawatannya selaku Pengerusi dan memberikan laluan kepada Safwan Anang. Shukri dipercayai mahu menumpukan perhatian terhadap pengajian selepas prestasinya merudum teruk di KUIS. Sebelum itu Shukri telah pun gagal menamatkan pengajian di UMS dan ditendang keluar oleh pihak universiti sebelum dikutip oleh KUIS atas dasar menjaga kepentingan politik mahasiswa pro-pembangkang oleh Kerajaan PKR Selangor.
Perletakan jawatan Shukri Razab telah membuka ruang perebutan yang besar dalam kalangan pemimpin gerakan mahasiswa haluan kiri itu selepas kemunculan mereka mencetuskan impak yang besar menerusi pelbagai isu yang diperjuangkan.
Ketika ini jugalah nama-nama seperti Syahid Zaini, mantan Presiden MPM UM, Adam Adli (Legasi Mahasiswa Progresif/UPSI), Khalid Ismath (KAMI/UiTM), dan Abdul Haziq (AKSI/UM) muncul memimpin gerakan mahasiswa pro-pembangkang di peringkat nasional.
Namun begitu, keghairahan kelompok ini sebenarnya kurang disenangi oleh satu lagi kumpulan mahasiswa pro-pembangkang iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Nasional (GAMIS) yang dipimpin oleh anak bekas Imam Besar Masjid Negara, Saudara Akram Ikrami Taib Azamuden.
Kredibiliti Akram dicemburui pemimpin SMM yang lebih liberal termasuk Adam Adli dan Haziq. |
GAMIS sebenarnya proksi PAS dalam kalangan mahasiswa dan lebih menonjol dengan imej Islamik berbanding kumpulan-kumpulan lain yang bernaung di bawah SMM seperti AKSI, KAMI dan LMP yang terkenal dengan imej liberal.
Kesediaan GAMIS bergabung bersama kumpulan-kumpulan ini di dalam SMM lebih bermotifkan untuk menggulingkan gerakan Pro-Aspirasi Mahasiswa di peringkat kampus dan kerajaan Barisan Nasional di peringkat nasional. Ia sama seperti PAS bergabung dengan PKR dan DAP iaitu tanpa melibatkan persetujuan dalam hal prinsip-prinsip asas parti.
Hal ini sedikit sebanyak telah mengganggu kelancaran SMM yang dipantau secara langsung oleh pejabat Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR. Krisis ini dipercayai semakin memuncak apabila wujud tekanan daripada kepimpinan GAMIS untuk keluar daripada SMM sebagai protes kepada ahli gabungan yang lain.
Ia berpunca apabila GAMIS melihat SMM semakin tersasar daripada perjuangan asalnya dan tidak mampu lagi membawa agenda mahasiswa di peringkat nasional.
Tindak-tanduk sebahagian pemimpin SMM ketika berdemonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka juga menjadi punca utama kenapa GAMIS mahu keluar daripada SMM.
Dalam tulisannya itu, Syahmi Hazim membangkitkan beberapa perkara yang disifatkan sebagai masalah dalaman SMM seperti komitmen pemimpin, ego dan perbezaan pandangan yang semakin ketara dalam gabungan tersebut.
Syahmi Hazim ialah adik kepada Syazni Munir iaitu bekas pelajar UM yang gagal dalam pengajiannya sebelum melanjutkan pelajaran ke KUIS sama seperti Shukri Razab. |
Apa yang menarik di sini ialah, status hubungan ‘erat’ antara Syahmi Hazim, abangnya, Syazni Munir dan pemimpin-pemimpin GAMIS terutamanya Akram Ikrami didakwa menjadi faktor pendorong kepada Presiden GEMPUR itu menulis surat secara terbuka kepada Harakah Daily sekali gus membuka pekung di dada SMM sendiri.
Tindakan ini bukanlah sesuatu yang menjadi kelaziman dalam kalangan mereka kerana ia dianggap merosakkan imej gabungan atau parti yang diwakili. Sindrom penafian juga sudah sebati dengan pemimpin-pemimpin SMM sama seperti yang diwarisi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat daripada Anwar Ibrahim.
Gempur terkilan atau Syahmi Hazim mewakili abangnya yang terkilan? |
Benarkah GAMIS mahu keluar dari SMM? |
Justeru SB melihat tindakan Syahmi Hazim ini mempunyai muslihat yang jelas. Antaranya, beliau cuba menggertak kepimpinan SMM dan PKR supaya mengiktiraf peranan GAMIS serta menghormati pendirian politik mahasiswa yang pro-Islami dalam SMM. Dakwaan bahawa GAMIS akan keluar daripada gabungan pula lebih berunsurkan ugutan ‘manja’ sedang hakikatnya, GAMIS masih sayangkan populariti yang dinikmati bersama SMM.
GEMPUR juga sebenarnya tidak layak menggertak SMM kerana gerakan itu sendiri turut menerima bantuan kewangan daripada gabungan tersebut. Hal ini didedahkan sendiri oleh salah seorang pemimpin GEMPUR tidak lama dahulu kepada rakan SB di Pantai Timur.
Adakah ini isyarat jelas bahawa perjuangan mahasiswa pro-pembangkang sekarang semakin tercemar?
Kenapa mesti wujud campur tangan langsung daripada PKR dalam gerakan mahasiswa?
Jika SMM dipantau oleh PKR, siapa pula yang menguasai atau mengawal gerakan politik mahasiswa Cina dan India? Bagaimana corak politik yang dibawa? Apakah muslihat mereka?
Dengan izin Allah, SB akan bongkarkan kemudian.
No comments:
Post a Comment