Sudah banyak blogger yang sentuh isu ini. Bagi SB, ia bukan sekadar isu. Gambar di sebelah jika ditelitikan, amat melampau dan menghina martabat umat Islam di negara ini yang akan menyambut Ramadhan kurang dua minggu dari sekarang.
Menurut maklumat yang disebarkan, gambar ini dirakam di sebuah pasaraya The Store di Selangor. Tertera jelas di situ tawaran diskaun daripada harga asal RM 149.00 kepada hanya RM99.00 sempena bulan Ramadhan.
Siapalah agaknya yang terlebih ilmu hingga tergamak berbuka puasa dengan meneguk Carlsberg??
Perkara seperti ini tidak akan berlaku jika Kerajaan Negeri Selangor lebih tegas dalam menangani permaslahatan umat Islam di negeri ini. Namun yang jelas, sejak penyingkiran Datuk Dr. Hasan Ali daripada jawatannya selaku Exco Agama Islam, masalah berkaitan akidah dan akhlak di Selangor semakin parah.
Langkah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih jawatan itu juga dilihat langsung tidak membantu mempertahankan kesucian agama Islam di Selangor seperti yang dilakukan oleh Dr. Hasan Ali sebelum ini.
Dr. Hasan Ali misalnya amat tegas memerangi penjualan arak secara terbuka tetapi di bawah Exco Agama Islam yang baru ini, bukan sahaja tindakan malah suara pun tak kedengaran.
Kepada rakyat Selangor, anda nilaikanlah sendiri. Masih rela dan redhakah dengan perkembangan muktahir ini?
No comments:
Post a Comment