Portal berita Kosmo baru-baru ini menyiarkan berita mengenai seorang ustazah yang berasmara dengan pasangannya, seorang warden di sebuah asrama pelajar sebuah sekolah di negara ini.
Berikut merupakan petikan berita yang disiarkan;
Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.
Apakah motif sebenar berita tersebut dilaporkan? Tidak cukupkan bahan berita sensasi melibatkan kegiatan tidak bermoral golongan artis kita dipaparkan kepada umum?
Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan pengakuan admin portal Roti Kaya yang bertanggungjawab mendedahkan video klip lucah yang kononnya dilakonkan oleh seorang artis remaja kita.
Kali ini Kosmo pula menyiarkan berita yang sama tetapi dengan subjek yang berbeza membabitkan golongan pendidik bertaraf ustazah.
Cukup-cukuplah. Kalau objektifnya untuk menyedarkan masyarakat, tolonglah nilai semula. Sudah banyak berita seumpama ini dilaporkan tetapi pada masa yang sama, isu kebejatan social tetap tak berkurang.
Kalau niatnya cuma untuk mencipta sensasi, maka wajarlah ia dihentikan terus. Masyarakat kita tak perlukan berita-berita sebegini. Memalukan saja.
3 comments:
Wow, wonderful blog format! How long have you been
blogging for? you made running a blog glance easy. The whole glance of your site
is great, as well as the content!
My site :: proform coupons
biasa la takat cite cam tu dah jadi trend sebabnya bapa borik anak rintik bapa kencing berdiri anak kencing berlari kalau ,,,,,, maafkan kami
KAMI SEMUA SUKA TENGUK VIDEO IDOLA KAMI. ANWAR IBRAHIM..... tetapi kami lebih suka video china doll, sebab tak sangka batang peliaq idola kami panjang dan besar...
idup peliaq panjang!!!!
Post a Comment