Laman portal Harakahdaily dalam ruangan remaja/kampus baru-baru menyiarkan satu artikel bertajuk PTPTN : Misteri Kehilangan RM500 yang disediakan oleh PMUKM (Pro-Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?).
Artikel tersebut boleh ditafsirkan sebagai berniat jahat dengan menggalakkan pembaca bersangka buruk tanpa diberikan fakta yang sebenar berhubung isu ‘kehilangan’ wang pinjaman milik pelajar sebanyak RM500 seorang di UKM.
Tulisan yang tidak bertanggungjawab? |
Benarkah wang tersebut benar-benar hilang? Siapa yang bertanggungjawab?
Jika seorang dua yang hilang, ia masih boleh diterima akal. Tetapi tulisan yang dibuat secara umum itu menggambarkan seolah-olah seluruh pelajar di UKM mengalami masalah yang sama. Jadi anda kirakanlah berapa jumlah yang ‘dihilangkan’ secara misteri itu?
Tuduhan-tuduhan sebegini sepatutnya tidak dilakukan oleh kumpulan PMUKM kerana ia hanya menyerlahkan sikap munafik mereka semata-mata.
Isu ‘kehilangan’ RM500 itu perlu diulas secara adil. Jabatan bendahari di setiap IPT termasuk di UKM sendiri sudah mengeluarkan penjelasan bahawa wang tersebut telah dipotong untuk melunaskan hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang diterima oleh pelajar yang terbabit sebelum mendaftar masuk ke universiti masing-masing.
Bermula 2009, WPP akan ditolak dari akaun pelajar secara ansuran iaitu RM500 bagi setiap semester sehingga cukup RM1500 yang dipinjam dalam bentuk pendahuluan.
Bagi pelajar yang tidak menerima WPP pula, pihak Jabatan Bendahari memotong amaun tersebut untuk lain-lain tujuan seperti yuran penginapan, pengajian dan sebagainya. Walau bagaimanapun tidak semua pelajar terlibat dalam proses ini. Oleh itu mereka digalakkan merujuk kepada jabatan bendahari masing-masing untuk mendapatkan penjelasan.
Soalnya, adakah PMUKM telah membuat semakan sebelum mengeluarkan artikel sedemikian? Apakah objektifnya ia disiarkan dalam Harakahdaily yang juga lidah rasmi PAS? Portal ini dikenali kerana sering mengeluarkan berita yang menghentam kerajaan dan akan menyalahkan kerajaan dalam apa-apa saja perkara yang berlaku.
Jadi tidak keterlaluan sekiranya SB katakan itulah tujuan sebenar PMUKM menyiarkan artikel mereka di dalam portal Harakahdaily. PMUKM sememangnya pro-pembangkang. Tapi apa yang SB kesalkan ialah sikap munafik mereka yang menyembunyikan kebenaran semata-mata mahu dijulang oleh penyokong-penyokong pembangkang di luar sana.
No comments:
Post a Comment