Perhatikan dua gambar di bawah dengan teliti. Satu berlaku di negara kita, satu lagi di Barat. Kedua-dua gambar ada ceritanya. Dan kedua-duanya memperjuangkan agenda kebebasan. Siapa tiru siapa? Nantikan pendedahan ini...
Kempen Malaysia Bangkit |
Kempen Kebebasan Hak Asasi di Barat |
Sebelum tu mari kita layan kenyataan di bawah yang dikeluarkan oleh Exco Kelab Che Det..
SMM cuba heret mahasiswa ke ‘lubang najis’
Tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mahu mengheret Mahasiswa untuk demonstrasi jalanan jelas satu tindakan membawa kepada kemusnahan masa depan anak-anak muda ekoran keputusan Yayasan Terenganu menarik balik pinjaman 6 orang pelajar tajaannya kerana terbabit dengan demonstrasi jalanan Bersih 2.0
Sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan dana rakyat, sudah tentu Yayasan Terengganu wajib meletakkan syarat-syarat kepada para pelajar tajaan bagi memastikan pelaburan yang dilakukan berbaloi dan mendatangkan hasil. Ini bukan sesuatu yang asing kerana ramai kalangan pemimpin pembangkang sendiri mendapat tajaan kerajaan dan syarikat milik kerajaan seperti Petronas, TNB, Telekom dan Maybank. Hampir kesemuanya berjaya menamatkan pengajian dan menjadi individu yang berjaya seperti bekas MB Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Dan pemimpin-pemimpin pembangkang ini tidak dihalang menyertai mana-mana politik selepas itu.
Kita menyeru mahasiswa supaya tidak terlibat dalam kancah politik negara dengan melampaui batas. Berikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian. Jika tidak berpuas hati sekalipun, banyak cara boleh dilakukan. Demonstrasi jalanan bukan jalan penyelesaian atau melepaskan kemarahan malah lebih mendatangkan masalah seperti yang berlaku kepada 6 orang pelajar itu.
Tuduhan bahawa Kerajaan tidak zalim adalah tidak benar. Sila bertanya pemimpin-pemimpin pembangkang yang pernah mendapat tajaan samada pinjaman mahupun biasaiswa. Cuma apa yang perlu ialah ikut peraturan yang telah ditetapkan sepanjang dalam pengajian. Jika layak mengundi, gunakan hak mengundi anda.
SMM cuma satu kumpulan opportunis yang membawa kemusnahan masa depan mahasiswa. Mungkin mereka tidak mahu berjaya dalam pelajaran kerana nampak jalan politik dalam hidup mereka. Jangan biarkan anda menjadi mangsa.
Penulis adalah Exco Kelab Chedet
www.kelabchedet.com
Kepada Exco berkenaan, anda baru tahu ke??
No comments:
Post a Comment