Hanif, duduk dua dari kanan (berjaket kelabu) dalam sidang media Watch 13 pada 13 Januari lalu di sebuah restoran di Utara tanah air. |
Bagi yang tak kenal, Saudara Muhd Hanif Alias ni ialah bekas Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam USM dua tahun lepas. Ketika zaman pemerintahannya, PMI USM mencapai banyak kejayaan. Tapi Hanif ni pelik sikit orangnya. Dalam baiknya, ada jugak segelintir orang yang tak suka dengan gaya kepimpinan yang dibawa.
SB mengenalinya secara peribadi dan tahu Hanif seorang yang tegas dan berani walaupun jarang menonjol di arus perdana politik mahasiswa. Kiranya, dia ni macam thinker jugalah. Hasil strategi yang diaturkannya, maka dapatlah PMI beberapa kerusi lebih sewaktu pilihanraya kampus di USM sidang lepas.
Parasit dalam PMI UPM digelar HARAM? |
Justeru bila dia keluarkan kenyataan ‘keras’ di dinding FBnya baru-baru ni, SB agak terkejut. Tentu ada yang tak kena, lebih-lebih lagi bila dia melanggar sempadannya sendiri hingga ke UPM.
Hanif diketahui tidak sebulu dengan kepimpinan Gamis sejak dahulu lagi. Oleh itu ‘tegurannya’ dalam insiden campurtangan ‘orang luar’ dalam muzakarah PMI UPM itu adalah manifestasi kekecewaannya terhadap perkembangan politik dalam Gamis yang kini bersekongkol dengan SMM.
Apa masalahnya antara Gamis dan SMM ni hingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan orang lama? Ramai yang tidak tahu betapa imej Islamis pada Gamis kini sedang dikakis teruk kerana bersekutu dengan kumpulan pro-liberal dan sosialis dari SMM.
Jika dahulu Gamis melalui ahli gabungannya iaitu Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) mendominasi gerakan Pro-Mahasiswa, kini suasananya sudah jauh berubah. Kemunculan SMM telah menukar pakaian Islamis dalam gerakan ini kepada corak yang lebih liberal dan terbuka.
Lebih parah, pimpinan Gamis ketika ini turut terbelit dengan gaya politik liar SMM hingga terlibat dalam pelbagai siri demonstrasi jalanan. Ini satu perkembangan baru yang sangat tidak disenangi oleh orang lama dalam PMI dan Gamis sendiri.
Atas sebab itu jugalah Hanif kini bergerak bersama Watch 13 yang katanya lebih seimbang berbanding kumpulan SMM. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Watch 13, mereka tidak akan menggunakan kaedah demonstrasi untuk menyampaikan wadah perjuangan kumpulan tersebut.
Sejauh mana Watch 13 ini bakal meninggalkan impak, kita tunggu dan lihat!
No comments:
Post a Comment