Desas-desus dari seluruh negara kini kuat mengatakan pilihanraya kampus akan diadakan dalam masa terdekat.
Ketika ini kebanyakan IPTA sudah berada dalam minggu keempat semester kedua Sidang Akademik 2011/2012. Jika mengikut tradisi dalam takwim akademik, pilihanraya kampus akan diadakan pada awal semester kedua.
Bagi sesetengah pemerhati bebas, pilihanraya kampus kali ini amat penting bagi kerajaan mahupun pembangkang kerana bakal menjadi indikator dalam mengukur tahap sokongan kumpulan mahasiswa dan anak muda terhadap parti politik mereka.
Malah ada yang berpandangan, DS Najib sendiri memerlukan respon dari mahasiswa dalam pilihanraya kampus kali ini sebelum membubarkan parlimen bagi membuka laluan kepada pilihanraya umum. Adalah mustahil sekiranya pilihanraya kampus diadakan selepas pilihanraya umum yang dijangkakan pada bulan Jun atau Julai.
Sama ada ia benar ataupun tidak, kita nantikan. Maklumat yang SB terima ini amat kukuh lagi benar. Jadi terpulanglah pada anda nak percaya ke tak.
No comments:
Post a Comment