Kenapa isyarat tangan digunakan? Sosialisme? |
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), anak angkat kesayangan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Chegu Bard dari Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) pada Sabtu lepas telah mengadakan pelancaran Gerakan Malaysia Bangkit bertempat di Dataran Maybank, Bukit Bintang.
Bertemakan Demi Malaysia, Kita Bangkit, mereka kononnya mahu menggerakkan 100 000 orang anak muda Malaysia bagi menukar kerajaan sedia ada dalam PRU 13 kelak. Apa kejadahnya pulak ni? Demi Malaysia ke Demi Anwar Ibrahim??
Sudahlah guna warna Biru Muda yang juga warna rasmi PKR pimpinan keluarga agung Anwar Ibrahim, kini mahasiswa dan mahasiswi ini makin ghairah menunjukkan ‘kuasa’ mereka dalam arena politik negara. Jadi sekarang sudah jelaslah kenapa mereka beriya-iya sangat menuntut kebebasan berpolitik. Rupa-rupanya untuk membantu cita-cita politik manusia tersebut.
Sejak dulu lagi Anwar terkenal dengan sikap bermuka-mukanya di hadapan mahasiswa. Anwar juga sering menggunakan golongan mahasiswa sebagai benteng gerakannya. Dalam usaha mencetuskan kebangkitan rakyat bagi menyokong pembebasannya dalam kes liwat 2.0 baru-baru, mahasiswa jugalah yang diperkudakan.
Rentetan itulah lahir nama-nama seperti Adam Adli dan Safwan Anang dalam insiden turun bendera DS Najib dan demonstrasi jam 2.00 pagi di hadapan UPSI pada malam tahun baru yang lalu.
Orang yang gagal dalam pelajaran mahu bercakap soal pendidikan? |
Kesemua mahasiswa ini – yang lain seperti Shukri Razak, Khalid Ismath (Syiah) dan Shazni Munir (bekas YDP PMI UM) – adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim dan merupakan kader yang dilahirkan melalui Kelab Anwar Ibrahim atau Anwar Ibrahim Club.
Gerakan SMM sebenarnya cenderung mengangkat idealogi sosialisme pimpinan Hishamuddin Rais, seorang lagi thinker kepada Anwar Ibrahim. Sosialisme hampir tidak mempercayai peranan dan kuasa Tuhan dalam urusan manusia. Lantaran itu tidak hairanlah jika seorang pemuda PAS di Kedah ‘mengamuk’ sehingga menghunuskan parang kerana tidak berpuas hati dengan tindakan campur tangan Adam Adli dan rakan-rakannya dalam kes penggantungan pelajar KUIN oleh pentadbiran kolej tempoh hari.
Kononnya, Adam Adli dan rakan-rakannya tidak menunaikan solat kerana terlalu sibuk ke hulu ke hilir ‘berjuang.’ SB tidak terkejut tentang tuduhan ini. Seorang rakan SB di Utara tanah air pernah memberitahu perkara yang sama. Beliau bersama rakan-rakan penyokong kuat SMM telah berperanan membawa Adam Adli ke speaker corner di Pulau Pinang. Ketika itulah beliau mengenali siapa anak-anak muda ini yang terlalu ghairah dengan politik.
Kini anak-anak muda ini sebahagian besarnya mengalami masalah dalam pembelajaran mereka. Adam Adli misalnya digantung tiga semester atas tindakan bebalnya menurunkan bendera DS Najib dan membawa geng SMM berdemo di hadapan UPSI. Shukri Razak dan Shazni Munir juga terkandas dalam pelajaran. Mujurlah KUIS sudi mengambil insan-insan ‘bertuah’ kesayangan Anwar Ibrahim ini semula.
Apa persamaan tuntutan SMM dan gerakan kemanusiaan tajaan George Soros di Barat? |
Persoalannya kenapa KUIS boleh terima orang-orang yang sudah gagal ini? Kita lupakan dulu demokrasi. Ini semua percaturan politik Anwar Ibrahim. KUIS kini terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR. Siapa boss PKR ni? Tak kan DS Najib pulak kan. Kalau diperhatikan, KUIS ketika ini adalah sarang bagi kumpulan SMM bergerak, dan mereka semua disusun atur oleh Anwar Ibrahim melalui peranan yang dimainkan dengan baik oleh Chegu Bard dan Hishamuddin Rais sendiri.
Justeru adakah kita masih mahu menyokong gerakan kumpulan seperti SMM ini? Budaya mana yang mereka ambil? Mencampuradukkan pelbagai latar belakang agama, prinsip dan kaedah semata-mata untuk memenuhi cita-cita politik seorang lelaki yang penuh dengan masalah moral? Tepuk dada tanyalah iman wahai mahasiswa yang bijak pandai.
No comments:
Post a Comment