SB ada dedahkan secara sepintas lalu tentang tangan ghaib di belakang gerakan Malaysia Bangkit yang saling berkait rapat antara SMM, AIC dan IKD di negara ini SINI. Sumber yang SB perolehi mengatakan terdapat sekurang-kurangnya dua organisasi asing yang membayangi gerakan kumpulan-kumpulan ini.
Dua organisasi yang dimaksudkan itu ialah Konrad Adrenauer Stiftung Foundation dan Fredrich Naumann Stiftung yang berpangkalan di Jerman.
Konrad Adrenauer Stiftung (KAS) ialah penyumbang dana secara tetap untuk badan pemikir (think tank) Anwar Ibrahim iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) yang mempunyai sebuah sekolah politik bertujuan melahirkan pemikir-pemikir pro-pembangkang.
KAS merupakan sebuah Yayasan Kristian Jerman iaitu badan pemikir terbesar kepada parti The Christian Democratic Union (CDU), Jerman yang ditubuhkan sejak tahun 1955.
Nama asal KAS adalah “Society for Christian Democratic Education Work”, yang kemudiannya ditukar kepada Konrad Adenauer Foundation/Stiftung pada tahun 1963 sempena dengan nama Chancellor Pertama Jerman, Konrad Hermann Joseph Adenauer (Konrad Adenauer).
KAS turut menaja program dan penerbitan buku yang mengembangkan usaha Pluralisme Agama (Persamaan antara agama) di Malaysia yang menjadi asas kepada perjuangan Interfaith Commission (IFC), sebuah badan yang berperanan sebagai majlis antara agama di Malaysia tetapi bertujuan menghapuskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
KAS mula masuk ke Malaysia secara rasmi selepas membina hubungan dengan Anwar Ibrahim tidak lama selepas Anwar menubuhkan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam tahun 1980-an.
Selain IKD, KAS juga menaja beberapa pertubuhan lain seperti Majlis Peguam, KOMAS iaitu sebuah agensi yang banyak terlibat dalam penghasilan video kreatif untuk penyebaran ideologi kebebasan di Malaysia dan Asia Tenggara, Academy of Responsible Management (ARM), Malaysian Institute of Management (MIM) dan portal The Nut Graph.
Kesemua NGO terbabit ialah pertubuhan pro-pembangkang di Malaysia dan mempunyai hubungan yang baik dengan Anwar Ibrahim.
Jaringan antarabangsa Anwar Ibrahim dan pluralisme. Hingga hari ini Anwar Ibrahim tidak menafikan pembabitannya, sebaliknya lebih banyak berdolak dalih apabila ditanya tentang perkara tersebut. |
Dalam satu kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh wakil KAS di Malaysia, Peter Schier, memberitahu bahawa KAS menaja IKD kerana tertarik dengan pemikiran pengarah IKD iaitu Khalid Jaafar yang membawa Islam baru yang dinamakan sebagai Islam Tanwiri (Pencerahan).
Konsep Islam baru ini sebenarnya lebih berbahaya berbanding ajaran sesat kebatinan kerana ia mengajar Islam yang ditafsir semula berasaskan pemikiran manusia dan cuba meneguhkan fahaman liberalisme serta pluralisme agama di rantau ini.
KAS menjalankan aktiviti ini melalui organisasi naungannya. BAR Council atau Majlis Peguam misalnya, terkenal kerana agenda kebebasan hak asasi termasuk dalam beragama. KOMAS pula aktif dalam penghasilan bahan berbentuk media interaktif seperti video yang menyebarkan fahaman liberalisme.
Di bawah IKD pula, usaha lebih tertumpu kepada penggubalan idea-idea dan dasar yang lebih liberal yang kemudian akan disuarakan oleh Anwar Ibrahim. Justeru tidak hairanlah jika kita sering dikejutkan dengan kenyataan demi kenyataan yang pelik terbit dari mulut Anwar Ibrahim kerana think tank di belakangnya ialah IKD.
Gerakan mereka bahkan meliputi golongan mahasiswa seperti yang dapat kita lihat dalam SMM ketika ini. Di bawah SMM sendiri terdapat beberapa lagi pertubuhan haram seperti AKSI, KAMI dan LMP yang turut dibayangi fahaman yang sealiran dengan IKD.
SB akan kongsi lebih banyak selepas ini khususnya berkaitan KAS dan FNS. Siapa di belakang NGO ini dan benarkah mereka mendanai pergerakan Malaysia Bangkit di negara kita?
No comments:
Post a Comment