Logo rasmi kempen Malaysia Bangkit oleh SMM. |
Apabila SMM melancarkan Gerakan Malaysia Bangkit tempoh hari, segala pertanyaan yang terbuku di hati SB akhirnya semakin jelas.
Berulang-kali SB tegaskan, SMM ini satu gerakan yang berbahaya khususnya kepada golongan mahasiswa yang mudah taksub dan terikut-ikut dengan ideologi kebebasan yang dibawa oleh mereka.
SMM cuba membawa idea dan konsep sosialisme dalam kancah politik baharu di negara ini. Apa masalahnya dengan idea ini? Bagi sesetengah orang, ia mungkin satu lagi cabang politik. Tapi tidak bagi yang benar-benar memahami agenda gerakan ini.
Banyak persamaan. Kebetulan atau...? |
Sosialisme ialah satu pembaharuan kepada ideologi komunisme berteraskan konsep kesamarataan. Komunisme telah pun gagal secara praktikal, tetapi prinsip dan ideologinya belum lumpuh. Ramai pemimpin politik terkemuka dunia seperti Ehud Barak yang menyerap sebahagian besar ideologi ini ke dalam konsep sosialime sebagai teras perjuangan parti mereka.
DAP meniru konsep Middle Israel dari Ehud Barak, senada dengan aspirasi Sosialis Antarabangsa. |
Di Malaysia, DAP merupakan antara parti politik yang tidak asing lagi cuba mencerahkan kembali komunisme dengan membawa dasar kesamarataan menerusi idea Middle Malaysia. Idea ini bahkan sama dengan konsep Middle Israel yang dibawa oleh Parti Buruh pimpinan Ehud Barak di Israel.
Middle Israel = Middle Malaysia |
DAP dan Parti Buruh ialah sekutu dalam gerakan Sosialis Antarabangsa atau Socialist International di mana Ehud Barak sendiri ialah salah seorang Naib Presidennya. DAP menyertai pertubuhan sosialis dan komunis antarabangsa ini pada tahun 1967.
Selain pimpinan DAP, terdapat lagi beberapa nama besar yang berselindung di sebalik parti-parti pembangkang negara kita terutamanya PKR seperti Hishamuddin Rais dan Khalid Jaafar yang dikenali mendokong idea sosialime.
Hishamuddin Rais umpamanya mengajar di Universiti Bangsar Utama (UBU), sebuah universiti halimunan yang banyak menyebarkan idea-idea sosialisme kepada rakyat negara ini. Selain itu, Hisham Rais juga antara nadi utama dalam Institut Kajian Dasar (IKD) iaitu think tank yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim bagi membantu gerakan politiknya selama ini.
Justeru siapakah sebenarnya penggerak kepada Malaysia Bangkit? Adakah pimpinan SMM seperti Shukri Razak, Khalid Ismath, Adam Adli dan Shazni Munir begitu berpengaruh hingga mampu menggerakan kempen sebegini?
Adakah persamaan di sebalik logo Malaysia Bangkit dan logo Socialist International berlaku secara kebetulan? Begitu juga pemilihan warna tema iaitu putih, biru muda dan merah, adakah ia juga suatu kebetulan?
Dan paling penting, dari manakah SMM mendapat dana untuk menggerakan kempen ini hingga mampu membuat roadshow ke Borneo?
Gerakan global Sosialis meliputi Malaysia melalui DAP |
SB tidak mempunyai masalah jika ia hanya satu gerakan politik kerana setiap parti politik sudah tentu berpegang kepada ideologi masing-masing. Namun, rentetan pelbagai peristiwa yang berlaku sejak muktahir ini – cubaan menghidupkan kembali komunisme, kenyataan menyokong keselamatan Israel oleh Anwar Ibrahim, juga ‘kebiadapan’ SMM dalam memperjuangkan agenda mereka serta kemasukan pengaruh Syiah melalui Khalid Ismath dalam gerakan Pro-Mahasiswa – jelas sekali bertentangan dengan semangat muhibbah rakyat Malaysia dalam berbeza pandangan. SB mengajak rakan-rakan semua supaya menolak SMM. Usah biarkan pengaruh asing meracuni pemikiran anak muda kita!
No comments:
Post a Comment