Adakah kenyataan ini dikeluarkan atas maksud politik semata? |
Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam kenyataan terbarunya mengatakan boleh bagi orang Islam berkerjasama dengan Yahudi, tapi bukan dengan Zionis.
Lihat petikan muka depan akhbar di atas, apa pandangan kita sebagai mahasiswa?
Inilah gelagat segelintir pemimpin di Malaysia yang kononnya memperjuangkan Islam. Bila ia menguntungkan mereka, pasti dibolehkan.
Isu ini timbul bila seorang blogger mendedahkan taktik pembangkang yang menggunakan khidmat nasihat, modul dan latihan sebuah NGO barat yang dikaitkan dengan Yahudi Israel bagi menumbangkan kerajaan pusat dalam pilihanraya umum akan datang.
SB cuma nak tanya, apa hukumnya berkerjasama dengan Yahudi untuk jatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin dan diketuai oleh orang Islam? Masih adakah Yahudi seperti yang dibenarkan oleh Rasulullah itu? Tahukah kita bahawa Israel yang berkuasa itu semuanya Zionis?!!
Dan tidakkah pula kita diberitahu bahawa Yahudi itu musuh Islam yang amat nyata?
Walaupun negara kita tak laksanakan syariat atau perundangan Islam sepenuhnya, tapi dari segi syiar, Islam sentiasa diutamakan.
Kita ada Ketua Negara yang beragama Islam. Perdana Menteri juga Islam, Menteri Kewangan pun Islam. Menteri Pertahanan, Islam. Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi pun Islam. Azan dikumandangkan setiap waktu di setiap masjid yang jumlahnya ribuan. Umat Islam pula tidak dilarang langsung beramal-ibadat, begitu juga penganut agama lain. Bukankah itu juga sebahagian daripada saranan agama dan sunnah Rasulullah SAW?
No comments:
Post a Comment