Enam penuntut Malaysia di Mesir yang ditamatkan biasasiswa lebih awal sebenarnya menerima tajaan daripada Yayasan Terengganu.SINI. Mereka tidak dibiayai secara langsung oleh kerajaan pusat seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
Pihak yayasan mempunyai hak untuk mengambil tindakan kerana penuntut-penuntut berkenaan didapati telah melanggar syarat perjanjian dan mencemarkan nama baik yayasan serta Negeri Terengganu amnya.
Ustaz Alang, (kanan) lelaki yang bertanggungjawab menganjurkan demo Bersih di Mesir. |
Dalam demonstrasi di Kaherah bagi menyokong Bersih 2.0 tahun lepas, enam orang penuntut tajaan yayasan tersebut telah didapati bersalah kerana ingkar dengan arahan supaya tidak menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh Saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih dikenali sebagai Ust Alang yang telah pun menerima hukuman lebih awal. SINI.
Ramai yang melihat tindakan yayasan sebagai zalim. Tetapi adakah mereka bertanya pada diri sendiri sebelum berdemonstrasi? Sayang sekali golongan yang terasuh dengan didikan agama seperti mereka boleh terpengaruh dengan agenda Bersih yang dipimpin oleh seorang kafir harbi bernama Ambiga yang turut memperjuangkan kebebasan beragama di Malaysia.
Lihat SINI untuk memahami persoalan demonstrasi dan akidah.
Sebelum ini sudah ramai mahasiswa yang terkandas pelajaran mereka kerana ghairah memperjuangkan agenda politik pembangkang. SINI dan SINI. Namun ia seolah-olah tidak memberikan kesedaran kepada mahasiswa lain yang sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran di kampus.
Masa depan Wan Norhayati hancur kerana perjuangan yang salah. |
Wan Norhayati, anak yatim piatu yang berasal dari Kelantan dan bekas penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pernah membuat pengakuan tentang penglibatannya dalam gerakan politik pembangkang ketika aktif bersama Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) hingga masa depannya hancur.
Pengakuan bertarikh 1 Januari 2001 itu diperakukan sendiri oleh Yang DiPertua Mahkamah Tengah, Pengadil atau Pesuruhjaya Sumpah Malaysia cawangan Johor Bharu pada tahun yang sama.
SB berharap apa yang berlaku ini dapat membuka mata kepada kita semua. Ingatlah ibu bapa tercinta sebelum bertindak.
No comments:
Post a Comment