Tuntutan ketiga Pro-M : Bebaskan pilihanraya kampus dari pengaruh politik luar. |
Sebelum apa-apa, sila perhatikan gambar di atas. Nanti tak faham pulak apa yang SB sedang perkatakan.
Siri pendedahan sebelum ini lebih tertumpu kepada kaedah rekrut yang digunakan oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus seluruh negara. SINI dan SINI.
Siri ini akan menyentuh fasa keempat, fasa paling penting yang perlu kita fahami. Ingat, mahu lawan, mesti kenal musuh. Kita menentang bukan kerana siapa mereka, tapi apa yang mereka lakukan, apa yang mereka sembunyikan dan apa yang menjadi matlamat sebenar mereka.
Siri ini akan mendedahkan stuktur gerak kerja Gamis yang menaungi Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di seluruh negara dalam setiap sesi pilihanraya kampus. Kenapa kita mesti tahu semua ini? Jawapannya mudah, kerana mereka sering berbohong kononnya memperjuangkan kebebasan dan menolak campur tangan parti politik di dalam kampus tetapi pada masa yang sama, merekalah yang membawa masuk anasir-anasir tersebut.
Gamis ialah induk kepada gerakan-gerakan di kampus. Ia boleh dlihat dari sudut yang tersurat dan tersirat. Gerakan yang tersurat atau tampak mempunyai struktur yang jelas di mana Presiden Gamis ialah ketuanya.
Struktur induk Gamis untuk pilihanraya kampus. Di atasnya siapa? |
Ketika ini Presiden Gamis iaitu Akram Ikrami bin Taib Azamuddin berada di posisi ketua jentera pilihanraya kampus peringkat nasional atau induk bagi seluruh Persatuan Mahasiswa Islam. Akram, pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ialah anak kepada pemimpin PAS Ustaz Taib Azamuddin yang pernah menjadi Ahli Parlimen Baling, Kedah.
Jaringan Gamis yang terzahir di mata umum |
Langsung di bawah Gamis, di level kedua ialah Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN). Badan ini mirip kepada Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang diwujudkan pada tahun 2008 khusus bagi menggabungkan perwakilan mahasiswa pro-pembangkang yang menang dalam pilihanraya kampus di seluruh IPTA.
MPMN, dahulunya dikenali sebagai Barisan Bertindak Mahasiswa Nasional (BBMN) akan memainkan peranan aktif dalam gerak kerja pilihanraya di kampus masing-masing. Di bawah MPMN pula ialah ketua-ketua bagi setiap zon, yang juga disebut sebagai moderator Gamis peringkat zon.
Gamis telah membahagikan seluruh IPTA kepada empat zon utama iaitu selatan, tengah, timur dan utara. Setiap zon akan diketuai oleh seorang wakil Gamis yang dipilih dari kalangan ketua-ketua PMI. Struktur ini amat penting bagi mewujudkan kesatuan antara PMI di peringkat zon dan nasional.
Gerak kerja tersirat pula lebih kepada operasi propaganda hitam. Ada dua strategi penting di sini, pertama, bagaimana memperlihatkan sisi baik PMI di kampus, dan bagaimana membunuh sisi baik musuh (Aspirasi/Penggerak) tanpa merosakkan sisi baik PMI tersebut.
Anda ingat apa yang berlaku di UM dalam tahun-tahun belakangan ini? Bahagian ini akan SB dedahkan dalam siri berikutnya. Insya-Allah..
SB : Kenal lawan, baru lawan!
Nota : Jangan klik pautan di bawah kalau malas baca!!
No comments:
Post a Comment