Abang-abangku, tumpukan dulu pada pelajaran anda. |
Pro-Mahasiswa sudah tertekan. Itulah rumusan SB berhubung gesaan supaya pilihanraya kampus diadakan lebih awal iaitu dalam semester ini.
Kenapa perlu melatah sampai macam tu sekali? Bukannya pilihanraya kampus dimansuhkan terus pun, cuma diganjakkan ke semester hadapan atau lebih tepat, semester pertama sidang akademik baru 2012/2013.
Reaksi keterlaluan mereka sebenarnya menyerlahkan kegelojohan kumpulan pro-pembangkang ini dalam berpolitik. Tuduhan kononnya tindakan tersebut hanya mematikan demokrasi di dalam kampus juga amat dangkal dan sempit.
Bukankah dengan anjakan tersebut memberikan lebih ruang kepada mahasiswa yang mahu bertanding untuk berkempen?
Atau SMM dan Gamis sudah kekontangan bajet? Telahan SB ini ada asasnya. Sejak pertengahan tahun lalu hingga kini, sudah banyak program, kempen dan aktiviti bermotifkan politik digerakkan oleh mereka di seluruh negara kerana jangkaan awal pilihanraya kampus akan diadakan pada semester ini seperti tahun-tahun sudah.
Justeru apabila tarikh tersebut diganjakkan, ia akan memerlukan lebih banyak peruntukan sedangkan pada masa yang sama, pihak di luar kampus juga sedang bergelut dengan kempen pilihanraya umum (PRU) yang berkemungkinan besar diadakan pada bulan Jun atau Julai.
Pro-M ternyata tiada pilihan. Mereka harus tahu bahawa pilihanraya kampus bukan platform untuk parti-parti politik membina pengaruh. Ia adalah ruang untuk mahasiswa menterjemahkan idealisme yang diperjuangkan dan tidak seharusnya diganggu oleh parti-parti politik di luar sana.
Tujuan anjakan tarikh ini juga supaya pelajar jurusan diploma dapat turut serta dalam pilihanraya kampus memandangkan ketika ini masih berlaku perbezaan takwim akademik antara penuntut ijazah sarjana muda serta ijazah lanjutan dan penuntut diploma.
Jika diadakan dalam tempoh terdekat, ia hanya menafikan hak kumpulan pelajar ini untuk mengundi kerana mereka baru sahaja menjalani peperiksaan, malah ada juga yang sudah pun bercuti.
Selain itu, ia juga bertujuan membuat penyelarasan selepas sistem takwim baru diperkenalkan pada sidang ini. Sekiranya pilihanraya kampus dijalankan dalam tempoh terdekat, MPP yang dibentuk kelak terpaksa menghabiskan cuti penggal hampir 3 bulan sebelum kembali ke kampus bermula semester baru kelak.
3 bulan terbuang begitu sahaja? Tidakkah ia sesuatu yang merugikan berbanding memberikan mandat kepada MPP sedia ada untuk terus berkhidmat dan menghabiskan aktiviti yang telah disusun hingga tamat semester ini.
Nasihat SB kepada mereka, jadilah bijak dan rasional. Setiap yang berlaku tentu ada sebabnya. Sudah-sudahlah berprasangka buruk. Kamu tu cuma pelajar. Apa kamu tahu tentang pengurusan universiti? Orang lain bersusah payah untuk menyekolahkan kita hingga jadi cerdik pandai, jadi belajarlah menghargai pengorbanan mereka.
2 comments:
ape kes plk budak2 nieee.. DUIT dah abis ke? sbb tu nak wt awal...
sampai hati ke abang-abangni nak boikot?
Post a Comment