Adu domba mahasiswa singkat akal di USM. |
Dalam memorandum tuntutan pilihanraya kampus disegerakan, SMM yang mewakili so-called kumpulan mahasiswa pro-pembangkang di negara ini telah menggunakan beberapa istilah yang agak melucukan.
Misalnya, ‘membunuh demokrasi kampus,’ ‘mengembalikan demokrasi kampus,’ dan ‘bebas pengaruh parti politik luar.’ SB sudah ulas berkenaan tuntutan bebas pengaruh parti politik luar dalam beberapa entri sebelum ini. |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| dan |SINI|
Dalam entri kali ini yang juga entri terakhir blog bebas Gerakan13, SB akan sentuh dakwaan membunuh demokrasi kampus dan tuntutan supaya demokrasi kampus dikembalikan oleh SMM ini dari satu sudut pandang yang mungkin terlepas oleh kita semua selama ini.
Apakah artikulasi dalam tuntutan ini, meminjam madah kata seorang sahabat SB? Siapakah sebenarnya yang sedang membunuh semangat demokrasi di kampus? Siapakah sebenarnya yang sedang menafikan hak demokrasi ditegakkan dengan adil dan saksama?
SMM jelas sekali hanya memikirkan untung politik permukaan mereka tetapi tidak langsung memperjuangkan hak orang lain yang sepatutnya juga memainkan peranan yang sama dalam menentukan perwakilan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Rasionalnya pilihanraya kampus diganjakkan bukan hanya kerana ingin memberikan hak yang sama kepada pelajar-pelajar diploma yang ketika ini sudah ada yang bercuti atau sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.
Lebih penting dari itu sebenarnya, ia akan memberikan hak kepada lebih 40 ribu orang bakal pelajar diploma dan lebih 50 ribu orang bakal pelajar ijazah sarjana muda yang akan memulakan pengajian mereka di universiti bermula semester hadapan.
Jika SMM dakwa kononnya hak pelajar tahun akhir dinafikan, nah SB tanyakan semula, apakah signifikan mereka mengundi kalau sidang hadapan mereka bukan lagi penuntut? Bukankah lebih baik jika hak mengundi itu diberikan kepada pelajar tahun pertama sidang 2012/2013 berbanding pelajar tahun akhir sidang 2011/2012 ini?
Ada pun pula, MPP yang hendak dibentuk itu nanti akan berkhidmat bagi sidang 2012/2013. Jika ia dibentuk sekarang, MPP itu masih lagi dalam tempoh sidang 2011/2012 kerana sidang ini masih belum berakhir. Dan lagi, nanti mereka akan mensia-siakan cuti penggal hampir 3 bulan!
Inilah juga antara sebab kenapa penyelarasan tarikh pilihanraya kampus itu satu langkah yang rasional lagi tepat, supaya demokrasi dipulangkan kepada yang benar-benar berhak. Jadi sekarang siapa sebenarnya yang sedang membunuh demokrasi di kampus dan siapa yang memperjuangkan demokrasi yang sebenar?
SB percaya, semua pelajar termasuk para penggerak Aspirasi Mahasiswa sendiri mahukan pilihanraya kampus diawalkan. Tapi kalau kumpulan Aspirasi Mahasiswa boleh berfikir dengan lebih rasional, kenapa mahasiswa pro-pembangkang tak boleh memikirkan hal yang sama?
No comments:
Post a Comment