Pelancaran Malaysia Bangkit di Dataran Maybank, Bukit Bintang pada 3 Mac 2012. |
Apabila SMM mengumumkan bahawa mereka kini sudah memasuki fasa kemuncak dalam gerakan-gerakan yang dilakukan selama ini, ia sekaligus juga membuktikan bahawa orientasi politik sebenar mereka bukanlah untuk mendapatkan kebebasan berpolitik bagi mahasiswa.
Sebaliknya, tujuan sebenar mereka ialah memberikan kebebasan berpolitik kepada Anwar Ibrahim dan pembangkang secara keseluruhannya untuk menguasai golongan anak muda dan mahasiswa di negara ini.
Hal ini terbukti melalui kempen Malaysia Bangkit yang kini sedang digerakkan secara optimum di seluruh negara. Pembangkang telah menggunakan SMM untuk menarik perhatian golongan anak muda melalui agenda kebebasan selepas idea reformasi dilihat semakin tidak relevan pada hari ini.
SB juga mendapat maklumat bahawa SMM mempunyai sumber kewangan yang tidak terhad, malah mereka juga bebas bergerak dan bertindak tanpa sebarang kawalan oleh pihak atasan. Ia dirancang sebegitu supaya mahasiswa berasa yakin dengan kredibiliti dan kemampuan SMM dalam memperjuangkan agenda yang dibawa.
Perpaduan dalam Pro-M semakin goyah? |
Namun begitu, perkembangan ini pada masa yang sama sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam kumpulan Pro-Mahasiswa di peringkat nasional kerana SMM dilihat membelakangkan semangat perjuangan idealisme mahasiswa sebenar khususnya dalam tindak-tanduk yang dilakukan selama ini.
Logo PMIUPM. PMIUPM kini bergolak kerana wujudnya pengaruh liberalisme . |
Menurut sumber yang SB terima dari Universiti Putra Malaysia, kumpulan PMI sedang bergolak teruk kerana wujud krisis kepercayaan terhadap pimpinan tertingginya yang kini dilihat semakin liberal dan terpengaruh dengan rentak sosialis SMM. Orang lama dalam PMI UPM pula bertegas mahukan PMI kekal dengan imej Islamis tulen.
Masalah ini bukan hanya berlaku di UPM. Krisis juga dikhabarkan sedang merebak ke universiti-universiti lain. Gamis yang memayungi PMI semakin tertekan kerana pada dasarnya mereka setia kepada PAS dan masih kuat pegangan Islamisnya sedangkan SMM yang menerima direct order dari PKR pula lebih sosialis dan liberal.
Hal ini dapat dilihat dalam peristiwa bantahan terhadap KUIN di Kedah. KUIN yang diurustadbir oleh Kerajaan PAS Kedah enggan bertolak ansur dengan tuntutan SMM supaya 9 orang pelajar yang digantung atas kesalahan menentang keputusan pihak kolej dibebaskan daripada pertuduhan.
Dalam insiden tersebut, para pelajar dikatakan tersepit antara mengikut kehendak SMM ataupun taat kepada pemimpin dan kolej sendiri.
Di sinilah wujud pertentangan yang hebat antara dua kumpulan mahasiswa pro-pembangkang ini kerana satu dilihat pro kepada PAS manakala satu lagi pro kepada PKR. Antara PAS dan PKR memang jelas perbezaan dari segi nilai dan budaya politiknya, apatah lagi dalam soal prinsip parti.
Justeru adakah kita sebagai mahasiswa masih boleh bergantung harap kepada kumpulan Pro-M kalau mereka sendiri berkonflik antara satu sama lain? Lebih parah, konflik itu berlaku atas sebab perbezaan ideologi dan kaedah perjuangan.
2 comments:
berkuburlah mereka jika begitu hendaknya
selagi tak da bukti yang saheh,jangan cube mumutar belitkan kenyataan
Post a Comment