Pages

Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Monday, 13 July 2015

KESATUAN MAHASISWA - PROKSI BARU PAKATAN RAKYAT (PENGENALAN)

PRU-14 yang dijangka berlangsung dalam tempoh 2 atau 3 tahun dari sekarang bakal didominasi oleh golongan muda, dengan sebahagian besar daripadanya terdiri daripada kelompok terpelajar yang cakna akan perkembangan politik semasa.

Bercakap tentang hal ini, tidak dapat tidak kita terpaksa mengakui bahawa golongan muda terpelajar ini sebahagian besarnya terdiri daripada kumpulan mahasiswa yang telah, sedang dan akan menuntut di dua puluh buah universiti awam (UA) dan ratusan buah lagi institusi pengajian swasta di seluruh negara. 

Apakah kecenderungan politik golongan ini? Sehingga kini belum ada kajian yang khusus mengukur sokongan mahasiswa-mahasiswi di Malaysia, baik terhadap kerajaan mahupun pembangkang.

Namun, umumnya, mahasiswa di Malaysia pada ketika ini lebih cenderung menaakul isu berbanding menyatakan minat secara spesifik terhadap mana-mana organisasi politik.

Keterbukaan sumber maklumat yang mudah pula diperolehi melalui pelbagai platform media sosial menjadikan mahasiswa lebih kritikal dalam menyatakan sesuatu pendapat atau idea. Tidak dinafikan, suara-suara mahasiswa adakalanya lantang, pedas dan menghiris tetapi itulah sahaja cara golongan ini memberikan signal kewujudan mereka dalam kancah politik negara.

Pun begitu, tatkala rata-rata mahasiswa memilih bersikap ‘bebas’ dan neutral (for whatever reason), terdapat juga segelintir yang lainnya memilih untuk bertindak lebih radikal atau kritikal termasuk menubuhkan gerakan-gerakan sendiri.

Sebagai contoh, muktahir ini wujud gerakan baharu yang menggunakan nama Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) dengan menggabungkan lebih dua puluh buah persatuan atau pertubuhan propembangkang daripada universiti-universiti awam dan swasta seluruh negara.

Sebahagian daripada aktivis KESATUAN ketika menyertai
Konvensyen Mahasiswa Nasional 2015 di Hotel Armada,
Petaling Jaya pada 9 Mei 2015.

Sehingga kini, KESATUAN masih belum didaftarkan secara sah dan dipercayai akan kekal sebagai gerakan tidak berdaftar yang wujud kononnya sebagai suara ketiga atau pendesak dan pengimbang kepada kuasa-kuasa politik arus perdana.

Adakah gerakan ini bakal meninggalkan impak yang signifikan menjelang PRU-14? Masih terlalu awal untuk memberikan sebarang penilaian. Namun, SB percaya sedikit sebanyak kehadiran mereka akan meninggalkan kesan apatah lagi sejak dari awal penubuhannya iaitu pada 14 Mei 2015, kumpulan ini telah pun berdamping dengan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti YB Amiruddin Shaari dan A. Samad Said serta beberapa nama lagi. 

Jelas di sini, Pakatan Rakyat sudah menyusun gerakerja awal mereka dalam memenangi hati mahasiswa di Malaysia - sesuatu yang wajar diberikan perhatian secara serius oleh parti-parti komponen Barisan Nasional khususnya UMNO.

Wednesday, 18 March 2015

HUDUD BAKAL PECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT

Hari ini sejarah bakal tercipta di bumi Kelantan. Dengan izin Allah SWT, Kerajaan Negeri akan membentangkan usul pelaksanaan Hudud di negeri tersebut selepas tertangguh akibat banjir hujung tahun lepas, juga di sebalik polemik berpanjangan dalam kalangan Pakatan Rakyat yang menentang usaha PAS ini. 

Perkembangan ini juga seharusnya membuka mata para penyokong PAS untuk melihat siapakah sebenarnya yang memusuhi Hudud. Sejak sekian lama mereka dimomokkan kononnya UMNO menentang undang-undang Allah ini sehingga dikafirkan parti terbesar orang Melayu itu. 

Ironinya, seperti dalam gambar di atas, Menteri Besar Kelantan sendiri telah bertemu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus memungkinkan pembentangan hari ini berjalan seperti yang dimahukan oleh PAS.

Dalam pertemuan ini, TPM telah berjanji untuk menyokong pembentangan usul tersebut melalui undi yang akan diberikan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Dan PAS, boleh teruskan usaha mereka tanpa atau dengan sokongan rakan pembangkang kerana jumlah ADUN UMNO dan PAS sendiri sudah mencukupi. 

Tahniah diucapkan kepada UMNO dan PAS kerana berjaya mencapai persefahaman dalam perkara ini. 

Thursday, 4 December 2014

#PRKUPM2014 TAHNIAH MP UPM, TAPI.....

Foto dari Internet.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Mahasiswa Putra (Aspirasi UPM) yang memenangi majoriti 28 kerusi dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia bagi Sidang Akademik 2014/2015. 

Berikut ialah keputusan penuh pemilihan yang berlangsung pada 3 Disember 2014: 

Mahasiswa Putra (MP) 28
Mahasiswa Propembangkang (Pro-M) 15
Siswa Penggerak Universiti (SPU) 2

Kemenangan besar Mahasiswa Putra menjadi isyarat jelas sokongan mahasiswa di UPM kepada kumpulan yang mendokong aspirasi universiti selepas kejayaan Aspirasi di beberapa buah institusi pengajian tinggi utama negara yang telah selesai menjalankan pemilihan. 

Namun begitu, di sebalik kejayaan manis ini, banyak yang perlu dilakukan oleh penggerak-penggerak wadah perjuangan Aspirasi di UPM. Antaranya: 

1. Segera bersatu. Hapuskan sengketa lama. Kenapa mesti ada dua kumpulan dengan wadah yang sama tetapi berbeza kaedah dan matlamat perjuangan? SPU sebagai kumpulan serpihan yang cuba bergerak di luar sistem perlu mengendurkan ego dan mula memikirkan secara serius hala tuju dan masa depan perjuangan Aspirasi di UPM. Kembalilah ke dalam sistem. 

2. Perkukuhkan pengaruh. Bina kekuatan. Ketika kumpulan Mahasiswa Propembangkang (Pro-M) sedang lemah di kebanyakan IPT lain termasuk di UPM sendiri, inilah masanya untuk Aspirasi menyerang hendap melalui strategi yang ampuh dan bersifat jangka panjang. Itu pun jika saranan pertama dipenuhi terlebih dahulu. 

3. Review strategi terutamanya dari segi kaedah berkempen dan perletakan calon yang bersesuaian. 

4. Grooming jentera. Yang ini jangan ditangguh-tangguhkan. 

5. Gerakerja kaderisasi perlu diperluaskan. 

SB tak berniat nak mengajar tetapi selepas analisa dijalankan sejak malam tadi, ternyata banyak kelemahan dalam gerakan Aspirasi di seluruh negara. Tiada yang mampu menang dengan selesa termasuk di UPM.

Dan hari ini, kita nantikan pula keputusan di Universiti Malaya, ibu segala pilihan raya kampus.

Friday, 28 November 2014

JANJI KETUM UNTUK TIDAK MENGETUM LAGI

Muka minta ludah ni.
Anwar Ibrahim ibarat melumurkan ludah sendiri ke muka kusamnya apabila meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tentang keputusan beliau mengekalkan Akta Hasutan seperti yang diumumkan dalam Persidangan UMNO semalam. 

Menurut Ketua Umum (Ketum) Pakatan Rakyat itu, Najib telah memungkiri janjinya untuk memansuhkan akta tersebut yang dibuat sebelum ini. 

Eh eh.. Engko ni ketum betullah Nuwor. 

Sejak bila Ketum pandai ungkit janji ni? Ketum dah lupa ke janji dia sendiri untuk bersara daripada politik dan menjadi pensyarah di negara Uncle Sam jika Pakatan Rakyat kalah dalam PRU-13 tempoh hari? 

Berapa banyak lagi janji yang Ketum pernah buat tap semua dia langgar? 

1. Janji nak dedah isu black out
2. Janji nak dedah 40k banglas
3. Janji tak bertanding dalam PRK Kajang
4. Janji tak nak jadi MB
5. Janji tak nak meliwat lagi..opss ini antara bini dia je ye kehkehkeh
6. Banyak lagi janji yang akhirnya diketumkan oleh Mr. Ketum ni

Dan macai, selamanya memacai kepada Ketum. 

Wednesday, 21 May 2014

WANITA INI TAK MALU MENGAKU DIRI SEHEBAT TUN M

Page DAP Penang hari ini menyiarkan posting yang dilihat menyokong pendirian ibu Dyana Sofya, Yammy, yang merestui anaknya itu menentang hukum Allah iaitu Hudud.

Yammy dalam kenyataan balas terhadap kecaman Tun Dr. Mahathir yang kecewa dengan keputusan Dyana menjadi calon boneka DAP, menyatakan anaknya itu berhak menentukan masa depannya sendiri.

Yammy menggunakan contoh anak Tun Dr. Mahathir sendiri iaitu Marina, bagi menunjukkan 'kegagalan' Tun mendidik anak perempuannya itu.

Ini kerana Marina merupakan aktivis hak asasi manusia yang lantang menentang kerajaan malah menjadi tulang belakang gerakan Sisters In Islam dan COMANGO amnya. Ia berbeza sama sekali dengan pendirian politik Tun Dr. Mahathir selama ini.

Soalnya, adakah Yammy sudah sehebat Tun Dr. Mahathir sehingga layak dijadikan perbandingan? 

Tun Dr. Mahathir tidak pernah bersetuju atau menyokong Marina tetapi Yammy sebaliknya, bukan sahaja merestui malah menyokong penuh anaknya bertanding atas tiket DAP termasuk menentang Hudud yang menjadi dasar parti tersebut.

Sebagai ibu yang beragama Islam, adakah Yammy sedar tindakannya itu bertentangan sama sekali dengan perintah Allah SWT?  

Tun Dr. Mahathir tidak perlu melayan serangan bodoh oleh Yammy ini walaupun DAP cuba menggunakan peluang tersebut untuk menaikkan reputasi Dyana menjelang hari pembuangan undi.

Sebaliknya Yammy sendiri perlu sedar bahawa anaknya itu hanya boneka yang tiada apa-apa kelebihan di mata pemimpin DAP melainkan sebagai alat menarik sokongan orang Melayu pada masa hadapan. Dan Yammy perlu sedar DAP hanya berani meletakkan Dyana di Teluk Intan kerana yakin kerusi tersebut adalah kerusi selamat. 


Monday, 2 December 2013

MUSTAFA DAN MAHFUZ TEPATI KEHENDAK DAP?


Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang hari ini melantik semula Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agong parti tersebut di samping menamakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden PAS baru-baru ini sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat yang baharu. 

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu PAS walaupun hakikatnya banyak muka lama yang dikitar semula untuk memegang jawatan-jawatan penting di dalam PAS Pusat.

Kontroversi mengaibkan membabitkan Mustafa Ali dalam satu skandal video lucah yang didedahkan sebelum PRU-13 nampaknya tidak menggoyahkan keyakinan Hadi Awang terhadap orang kanannya itu. Mungkin PAS sekarang benar-benar ketandusan pemimpin pelapis atau Hadi Awang sendiri gagal dalam menyusun strategi politik.

Pelantikan Mahfuz Omar juga tidak banyak menepati kehendak akar umbi dalam PAS. Tokoh ini dilihat terlalu celopar dalam banyak hal walaupun isinya kosong sehingga mengundang rasa malu pada ahli-ahli PAS sendiri. 

Apa-apa pun, inilah barisan kepimpinan harapan Hadi Awang yang bakal dikerah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke-14 kelak. 

Monday, 25 November 2013

GAYA KEMPEN MEWAH PRO-M UM JADI PERSOALAN

24hb November 2013, Pro-M Universiti Malaya sekali lagi menganjurkan Konvoi Oren sekitar kawasan kampus menjelang hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Kampus (PRK) Sidang 2013/2014. Konvoi kali ini dilihat lebih berjaya berbanding yang pertama khususnya dari penyertaan dan kenderaan yang digunakan.

Namun, apa yang menjadi persoalan kini ialah, bagaimanakah Pro-M boleh mendapatkan beberapa buah trak pick up yang begitu gah bagi menjayakan acara mereka ini?



Salah sebuah trak tersebut turut tertera pelakat khas yang berbunyi "RAKYAT DI HATI KAMI" yang dipercayai merupakan kenderaan rasmi salah sebuah parti politik pembangkang di Melaka yang sering digunakan dalam gerakerja mereka. 




Wah..hebat jaringan nampaknya. Bayangkan kalau kumpulan Penggerak Mahasiswa mendapat kemewahan ini. Mungkin tak cukup 24 jam sehari mereka akan hentam. Mujurlah kumpulan Penggerak Mahasiswa UM lebih berhemah dan mementingkan keharmonian kampus berbanding berpolitik semata-mata. 

Lebih menarik, slogan RAKYAT DI HATI KAMI juga turut digunakan secara rasmi oleh parti politik tersebut pada logo mereka pada PRU ke-13 yang lepas. Adakah ini semua satu kebetulan? Atau sememangnya ada connection khas? Hanya Allah yang tahu apa yang mereka sembunyikan. 



Semoga Pro-M telus dalam perjuangan mereka dan bersikap adil kepada semua pihak termasuk lawan mereka.

Thursday, 27 June 2013

PENYOKONG PR SESAT DOAKAN KEMATIAN YB BARISAN NASIONAL


Apa nak jadi dah ni. Makin sesat dan terpesong akidah para penyokong taksub Anwar Ibrahim. Nauzubillah.

Monday, 10 June 2013

GURU MELAYU HINA YANG DIPERTUAN AGONG DAN PRESIDEN PAS

Ini lagi seorang mangkuk yang tak faham adat bernegara di sebuah negara bernama Malaysia. Nama akaun Faceboooknya ialah Benz Ali. Boleh cari dan bantai cukup-cukup di atas sikap kurang ajarnya ini. Baru-baru ini, mamat ni keluarkan kenyataan yang amat biadap dengan menghina Yang DiPertuan Agong ketika sambutan Hari Keputeraan Baginda.

Antara kata-kata cacian yang digunakan termasuklah melabelkan Sultan Abdul Halim sebagai poyo dan membazirkan duit tanpa perlu bekerja.



Berdasarkan carian di Facebooknya, mamat ni dipercayai seorang guru yang menganut fahaman sosialis tegar. Malah, dia juga terlibat menghasut para pelajarnya di sekolah supaya membenci kerajaan dan UMNO khususnya melalui kempen ABU yang digerakkan ketika waktu Pembelajaran dan Pengajaran (P&P).





Maklumat yang SB terima juga memaklumkan mamat ni begitu lantang mengutuk pimpinan utama PAS termasuk Presiden Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang di Facebooknya susulan tindakan Hadi Awang mengkritik Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan keputusan PAS menentang calon PSM di kerusi Kota Damansara dalam PRU ke-13 yang lepas.

Anehnya, mamat ni tidak pernah ditenyeh oleh mana-mana aktivis atau penyokong PAS walaupun terang-terangan dia dan rakan-rakan menghina 'ulamak' PAS. Bayangkan kalau mamat ni ahli UMNO, apa reaksi yang akan diterimanya?

SB ingin berpesan kepada mamat ni rakan-rakannya, berhati-hatilah.. Gerak geri dan aktiviti kalian sentiasa dipantau.

Wednesday, 15 May 2013

OBAMA TIDAK IKTIRAF KEMENANGAN NAJIB?



He he.. Anwar je yang belum boleh terima kekalahannya. Tambah meroyanlah lepas ni. Mungkin Obama pula akan dituduh kena beli dek UMNO.

Thursday, 9 May 2013

HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT - 15 INTIPATI UCAPAN ANWAR YANG BAHAYA



1. 52% rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat berdasarkan statistik jumlah undi keseluruhan yang diterima dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

2. Sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat di Perak sahaja mencecah 55%.

3. Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah dan Sarawak telah memilih Pakatan Rakyat mahu Barisan Nasional tumbang.

4. Rakyat perlu bangkit menentang pembohongan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

5. Rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional yang baru dipilih pada 5hb Mei 2013 yang lepas.

6. ‘Tsunami’ merangkumi seluruh kaum di Malaysia, bukan kaum Cina sahaja.

7. Harga barang akan naik dalam masa terdekat selepas Barisan Nasional kembali berkuasa.

8. Pakatan Rakyat akan menyelesaikan pembohongan Barisan Nasional dengan suara rakyat sehingga kemenangan tiba.

9. Mengumumkan Pakatan Rakyat telah menang.

10. Berjanji tidak akan berundur dan akan terus melawan Barisan Nasional bersama rakyat.

11. Harga minyak tetap akan diturunkan apabila Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan.

12. Cukuplah UMNO dan Barisan Nasional memperbodohkan rakyat.

13. UMNO dan Barisan Nasional layak digelar Tipu Segala Tipu.

14. Menggesa rakyat memakai baju hitam pada setiap hari Sabtu sebagai tanda protes.

15. Akan meneruskan gerakan Reformasi sehingga Barisan Nasional tumbang.

Wednesday, 8 May 2013

HIMPUNAN SUARA RAKYAT BAKAL CETUS MASALAH



SHAH ALAM 8 May - Himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap akan diteruskan seperti yang dirancangkan walaupun tidak mendapat kelulusan polis.

Pengarah Strategik PKR RAfizi Ramli berkata, himpunan di Stadium Kelana Jaya tidak memerlukan permit dan hanya perlu memaklumkan kepada pihak polis sahaja.

“Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan agar penganjur tidak akan meneruskan hasrat untuk berhimpun di kawasan tersebut.

Katanya, polis akan bertindak kepada mana-mana peserta atau penganjur yang berdegil untuk tetap melakukannya.

"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah disisi undang-undang," tegasnya.

Himpunan tersebut antara lain mendesak SPR memperjelaskan kekeliruan yang berlaku pada hari pengundian Ahad lepas disamping menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah-sudahlah tu. Bukannya BN menang semua 222 kerusi pun. Tunjukkan sedikit rasa hormat kepada undang-undang negara.

SIAPA PALING CERDIK DALAM PAKATAN RAKYAT?


Siapa cerdik dalam gambar di atas?

Wednesday, 1 May 2013

BUKAN NAMANYA PAKATAN RAKYAT KALAU TIDAK MEMFITNAH

Ini laporan yang disiarkan oleh kebanyakan media dan blog pro-Pakatan Rakyat. Mereka kata Musa Hasan, bekas IGP dah masuk Pakatan Rakyat.

Laporan dipetik dan disiarkan dalam portal Kerajaan Rakyat.


Dan ini pula laporan media arus perdana, disiarkan dalam Sinar Harian yang memetik kenyataan Musa Hasan sendiri. Musa nafikan berita yang disebarkan oleh media-media Pakatan Rakyat pada hari sebelumnya.

Laporan tepat disiarkan dalam Sinar Harian.

Apa nak dikata. Pakatan Rakyat sudah sebati dengan fitnah dan pembohongan.

Wednesday, 24 April 2013

HADI AWANG KENA KELENTONG LAGI..NASIBLAH..



Inilah kehebatan Anwar Ibrahim. Hebat apa? Hebat kelentong! Menurut sumber dalaman, SB dimaklumkan jentera PAS di kebanyakan kawasan yang bertindih dengan PKR masih bertelagah. Malah ada kawasan menyaksikan percakaran sesama sendiri.

Adakah ini yang Anwar maksudkan sudah selesai?

Atau Anwar sekadar ingin menyedapkan para penyokong PR supaya konsisten menyokong usaha beliau untuk merampas Putrajaya?

Malanglah puak-puak PAS kerana sampai ke hari mengundi pun mereka masih teruk dikelentong oleh Anwar Ibrahim. Paling teruk kena troll dah tentulah si Presiden Hadi Awang sendiri.

Lepas ni kita akan saksikan pula kenyataan balas dikeluarkan oleh Hadi Awang. Paling awal, petang nanti. 

Thursday, 11 April 2013

PRU 13 : SIRI 5 ( STRATEGI PAKATAN RAKYAT VS STRATEGI BN )


Kalau PR telah memulakan strategi 100( 1+1) + 30% = Putrajaya, tetapi pada masa sekarang BN  juga melancarkan perang psikologi dengan mengunakan strategi "membendung" atau "menghalang" . PR telah mulakan dengan mengumumkan pemimpin "the giant" Pakatan Rakyat untuk keluar dari "kubu" mereka dan bercadang untuk bertanding di "kubu" BN ataupun kawasan yang mempunyai peluang 50-50. Persoalannya, sekiranya pengumuman ini adalah satu strategi "untuk test market" maka jawapannya mereka sudah dapat membaca "mood" pengundi di kawasan yang lama dan juga di kawasan yang baru.

Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan DSAI bertanding di Perak dan meninggalkan Permatang Pauh, DSAI telah mendapat maklum balas yang jelas bahawa pengundi Perak terkejut dan para strategis BN telah berjaya memainkan isu "ketidaksetiaan DSAI" terhadap pengundi-pengundi Permatang Pauh dan DSAI takut kepada pengundi Melayu, akhirnya DSAI terpaksa membuat "U-turn" untuk kembali ke Pulau Pinang. Apakah impaknya kepada DSAI? Beliau sekarang sudah mendapat satu mesej yang jelas iaitu para strategis BN di Perak begitu hebat dan benteng strategis BN begitu kuat. DSAI akan kembali ke "drawing board" untuk memikir strategi baru. Para strategis BN belum boleh meraikan kemenangan lagi kerana DSAI memang bijak dalam mengatur strategi balas.

Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Lim Kit Siang( LKS ) untuk bertanding di Gelang Patah dan meninggalkan Ipoh Timur juga telah mendapat maklum balas yang jelas dari BN Johor, dengan BN juga "membuat test market" untuk meletakkan Menteri Besar Johor  bertanding melawan Penasihat DAP itu . Strategi DAP dan Pakatan Rakyat adalah untuk memberi mesej kepada Johor bahawa Johor menjadi sasaran utama mereka. Oleh kerana itulah LKS dihantar ke Johor . Mesej yang dihantar ibarat satu cubaan untuk memasukan mesej ke dalam minda pengundi-pengundi Johor terutamanya di Gelang Patah. Yang jelas mesej LKS dan DAP telah dibaca oleh para strategis  BN. Strategi 100(1+1)+30% = Putrajaya perlu dihalang dan dibendung dengan cara dan kaedah yang sama dipakai oleh PR. Oleh BN telah meniupkan cadangan yang Dato Ghani MB Johor akan menentang LKS. Strategi BN ini begitu berkesan sekali hingga LKS juga rasa tergugat dan terpaksa kembali ke “drawing board” untuk berfikir semula .


Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya dan meninggalkan kerusi DUN di Kelantan. Husam mungkin sudah mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi Menteri Besar Kelantan. Ini juga satu strategi "test market" PAS dan PR yang sangat menarik . Malah menjadi lebih menarik lagi kerana Putrajaya adalah sasaran PRU 13 PR. Juga akan menjadi terlalu "menawan" sekiranya SU Agong UMNO Tengku Adnan bertanding kembali di Putrajaya.  Strategi PAS dan PR meletakkan Husam Musa adalah satu cubaan "mendilemaKAN" para pengundi Putrajaya kerana majoriti pengundi adalah kakitangan awam yang tinggal di Putrajaya . Strategi ini mungkin boleh memberikan kesan yang negatif kepada Husam Musa tapi mungkin kerana Husam sudah diumumkan lebih awal, maka para strategis PAS dan PR boleh menilai "mood" pengundi Putrajaya samada ke arah PAS/PR ataupun tetap kepada BN. Setakat rekod dalam pilihan raya yang lepas-lepas, pengundi-pengundi Kakitangan Awam masih setia mengundi BN di Putrajaya. Oleh kerana itu mungkin Husam juga akan kembali ke “drawing board" untuk berfikir semula .

Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Chua Jui Meng (CJM) untuk bertanding di Segamat dan meninggalkan tempat asalnya di Gelang Patah yang telah pun DSAI serahkan kepada LKS. Strategi DSAI dan para strategis PR untuk meletakkan CJM bertanding di Segamat adalah agenda untuk "merosakkan" imej penyandangnya iaitu S. Subramanian, Timbalan Presiden MIC yang juga seorang Menteri. Strategi ini amat menarik kerana kawasan Segamat adalah kubu kuat BN dan bukan PR . Ini bermakna PR cuba memberi "mesage " kepada pengundi Johor dan Segamat yang PR sangat serius untuk menjadi kerajaan baru di Johor dan juga mengambil ahlih Putrajaya. Perang Saikologi ini juga telah di halang oleh para strategi BN dengan kenyataan S.Subramania yang bergitu lembut dan tidak emosi . Beliau berkata " Personally,he (Chua) is a good friend of mine. When I first contested in Segamat,he strongly campaigned for me. Now he is going to campaign againt me. So,let the people decide " dan katanya lagi " As far as I'm concerned, Im looking forward to a very good and healthy fight and I think we ( The BN ) stand a good chance of winning the seat "( Sun 10/4/2013). Strategi lembut BN ini mungkin akan menyebabkan Chua Jui Meng juga perlu kembali " ke drawing board " untuk berfikir semula .

Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Salahuddin Ayub untuk bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusanjaya Johor dan meninggalkan tempat Kubang Kerian Kelantan. Salahuddin Ayub adalah calon Menteri Besar Johor sekiranya PR memerintah Johor ,ini adalah strategi PR untuk menarik para pengundi Johor bahawa PR bergitu bersedia sehingga mereka sudahpun menyediakan seorang pemimpin untuk jawatan Menteri Besar . Strategi PAS dan PR adalah juga cuba bermain "persepsi " dengan para pengundi bahawa Salahuddin Ayub adalah calon yang terbaik untuk Johor .Sebagai membalas " offer " BN juga telah menghantar mesage kepada para pengundi Johor bahawa Johor juga akan mendapat Menteri Besar baru selepas PRU 13 . Mesage ini juga cukup jelas memberi impak besar kepada BN kerana ia juga boleh menjadi "counter attack" kepada strategi Pas dan PR . Kemudian didalam media juga telah di gembar-gembur kan yang Khalid Nordin Menteri KPT akan bertanding di DUN ,maka timpul persepsi bahawa ini lah pilihan BN untuk MB baru Johor. Strategi BN ini juga menyebabkan para strategist PAS dan PR sesak nafas seketika. Oleh itu mungkin Salahuddin Ayub juga perlu kembali "ke drawing board " untuk berfikir semula.

"Kita renung kata-kata seorang penduduk kampung Mengkuang kawasan Parlimen Permatang Pauh - "Apa ertinya seorang wakil rakyat kalau bukan bersama rakyat ? Sikap Anwar yang sibuk berpolitik menyebabkan dia lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan jarang sekali pulang ke kawasan untuk menjenguk rakyat" (Berita Harian 4/4/2013). Apakah strategi 100(1+1)+30% = Putrajaya masih relavan untuk PR ? Kita tunggu hari penamaan calon pada 20 April nanti."



Artikel ini disediakan oleh Pak Zad. Kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad.


Wednesday, 10 April 2013

BOCOR LAGI!! PELAN STRATEGIK DAP SELEPAS MENANG PRU 13





BETTERNATION

KENAPA WAN AZIZAH MERAJUK, HILANGKAN DIRI?


SB dapat berita kononnya Wan Azizah, isteri kesayangan Anwar Ibrahim telah menghilangkan diri. Ibu Pejabat PKR juga sedang mengesan lokasi Wan Azizah ketika ini. Sejauh mana kebenarannya dan kenapa Wan Azizah hilangkan diri? Klik SINI.



BETTERNATION

Tuesday, 9 April 2013

KHAIRY JAMALUDDIN KETUK RAFIZI RAMLI LAGI!!

PRU 13: INVESTMENTS!!!



Rakyat nak tahu secara spesifik sasaran BN dan juga Pakatan untuk menjana ekonomi. Salah satu ukuran adalah sasaran pelaburan yang spesifik.

Sasaran ini memberi keyakinan kepada rakyat kerana ia menggambarkan perancangan yang teliti untuk menarik pelaburan dari luar negara dan juga dari syarikat-syarikat tempatan.

Sasaran BN bukanlah angka yang tidak berasas. Kalau rajin boleh melayari etp.pemandu.gov.my Maklumat terperinci semua ada, menjelaskan bagaimana sasaran BN dapat ditepati. Inilah maksud perancangan yang teliti yang meningkatkan keboleh percayaan rakyat terhadap BN.

Bandingkan ini dengan Pakatan. Berapa banyak pelaburan yang mereka janji boleh menarik jika menang? Err... langusung tak sebut. Kenapa? Tiada perancangan yang teliti. Manifesto pakai hentam, tabur janji populis. Tapi perkara asas - bagaimana nak menjana eknomi untuk membiayai janji-janji manis mereka, langsung tak sebut.

Oh, ya. Mugkin mereka akan jawab: "Hey! Pelaburan tu semua datang ke Selangor dan Penang la der!" Tidak dinafikan Selangor dan Penang banyak dapat pelaburan. 

Tapi kena ingat: Zaman BN memerintah negeri Selangor dan Penang pun negeri-negeri ini selalu menerima pelaburan yang paling banyak! Ini disebabkan polisi kerajaan pusat membangunkan negeri-negeri ini sebagai pusat industri dan perdangangan. So, tak perlu la pakai hujah tu...

Jadi, inilah dia perbandingan Akujanji BN dan Manifesto Pakatan mengenai pelaburan. 


Sumber : Facebook Khairy Jamaluddin.




BETTERNATION



Monday, 8 April 2013

KENALI BENTUK PERANG PERSEPSI (FITNAH) JENTERA PEMBANGKANG



Hanya yang dangkal dan malas mencari kebenaran sahaja akan terpengaruh dengan bentuk perang persepsi yang sedang dimainkan oleh jentera siber Pakatan Rakyat ketika ini.



BETTERNATION
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar