Hari ini sejarah bakal tercipta di bumi Kelantan. Dengan izin Allah SWT, Kerajaan Negeri akan membentangkan usul pelaksanaan Hudud di negeri tersebut selepas tertangguh akibat banjir hujung tahun lepas, juga di sebalik polemik berpanjangan dalam kalangan Pakatan Rakyat yang menentang usaha PAS ini.
Perkembangan ini juga seharusnya membuka mata para penyokong PAS untuk melihat siapakah sebenarnya yang memusuhi Hudud. Sejak sekian lama mereka dimomokkan kononnya UMNO menentang undang-undang Allah ini sehingga dikafirkan parti terbesar orang Melayu itu.
Ironinya, seperti dalam gambar di atas, Menteri Besar Kelantan sendiri telah bertemu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus memungkinkan pembentangan hari ini berjalan seperti yang dimahukan oleh PAS.
Dalam pertemuan ini, TPM telah berjanji untuk menyokong pembentangan usul tersebut melalui undi yang akan diberikan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Dan PAS, boleh teruskan usaha mereka tanpa atau dengan sokongan rakan pembangkang kerana jumlah ADUN UMNO dan PAS sendiri sudah mencukupi.
Tahniah diucapkan kepada UMNO dan PAS kerana berjaya mencapai persefahaman dalam perkara ini.
No comments:
Post a Comment