Kepimpinan Mahasiswa Universiti Malaya atau kini dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) dan kebodohan ibarat isi dan kuku. Sukar untuk dipisahkan.
Semalam, diketuai Presidennya, Saudara Ammar Atan, mereka ke Istana Negara untuk menyerahkan petisyen memohon Yang DiPertuan Agong (YDPA) supaya membebaskan banduan yang dipenjarakan atas kesalahan meliwat.
Semua orang tahu bahawa banduan yang dicintai mereka itu ialah Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh. Seperti para penyokong peliwat ini yang lain, kumpulan pemimpin mahasiswa UM ini juga percaya Anwar Ibrahim ialah tahanan politik yang perlu dibebaskan.
Mereka juga menggunakan alasan desakan dan kecaman antarabangsa untuk merayu YDPA membebaskan Anwar dengan segera.
Yang bodohnya di sini ialah, tindakan mereka ke Istana Negara untuk menyerahkan petisyen tersebut jelas sekali tidak mengikut prosedur yang betul. Sebarang urusan memohon pengampunan sepatutnya dihantar ke Lembaga Pengampunan yang beralamat di 1st Floor, Legal Affairs Division Building, Precint 3, Federal Government Administrative Centre, 62692 Putrajaya.
Ini mesti kes malas membaca tapi nak tunjuk hero. Sama saja macam Kak Wan!
Apa-apa pun tahniahlah warga UM kerana mempunyai set lengkap pemimpin mahasiswa yang bengap.
No comments:
Post a Comment