Pages

Showing posts with label Safwan Anang. Show all posts
Showing posts with label Safwan Anang. Show all posts

Sunday, 24 November 2013

#PRKUM2013 SIAPA CALON PROGRESIF AMBIL ALIH KERUSI PRO-M?

Keghairahan Pro-M untuk menawan Universiti Malaya dalam pilihan raya kampus (PRK) sidang ini sedikit terencat dengan perkembangan terbaru membabitkan urusan percaturan calon yang akan bertanding.

Calon progresif yang pro-Safwan Anang, Saudara Bukhairy Suffian dilaporkan akan mengambil alih kerusi  Fakulti Perundangan yang sebelum ini telah pun diberikan kepada salah seorang aktivis  yang pro kepada Pengerusi Pro-M Universiti Malaya, Saudara Muqit.

Bukhairy merupakan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dipilih sendiri oleh Safwan Anang. Secara politik, kedudukan Bukhairy sebenarnya lebih tinggi daripada Muqit dan sepatutnya dicaturkan sebagai calon Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) daripada Pro-M bagi mencabar kem Penggerak Mahasiswa.

Perkembangan terbaru ini menjelaskan lagi isu krisis dalaman yang sedang melanda Pro-M UM dan SMM amnya.

Belum pun penamaan calon berlangsung sudah macam-macam masalah berlaku. Bagaimana nanti kalau dah menang? Pasti lebih banyak perebutan kuasa dan kepentingan akan berlaku. Akhirnya yang tergadai ialah kebajikan mahasiswa-mahasiswi UM sendiri. Jadi buatlah pilihan paling bijak demi masa depan anda semua.

Friday, 31 May 2013

SAFWAN ANANG AKHIRNYA MENGAKU KALAH

Seorang lagi mamat propa saduran Anwar Ibrahim iaitu Safwan Anang, hari ini bersetuju menandatangani borang ikat jamin RM5000 dan dibebaskan pada jam 9.00 pagi tadi.

Safwan Anang yang mempunyai satu hobi pelik iaitu memanjat pagar kampus dan merempuh cermin kaca serta bijak berlakon di samping kerusi rodanya, sebelum ini telah menolak tawaran ikat jamin dengan alasan mahu membuktikan bahawa kerajaan Malaysia ini sebagai zalim dan amat kejam ke atas rakyatnya.

Sebenarnya, ramai yang tak tahu dan telah ditipu hidup-hidup dengan permainan mamat propa lebih ini. 

Safwan sebelum ini pernah menggegarkan negara (pada skala 1.5 sahaja) kononnya Gerakan Mahasiswa Untuk PRU-13, GM13, akan menghantar calon mahasiswa bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak. Tapi akhirnya, propagandanya itu terbukti sangat murahan apabila mereka sendiri mengumumkan penarikan diri daripada bertanding.

Siapa masih ingat kes Masturah Abu Bakar, bekas pelajar UM yang pernah mendakwa diculik ketika menjadi calon dalam Pilihan Raya Kampus universiti berkenaan?


Masturah yang juga isteri kepada Safwan Anang sebenarnya tidak pernah diculik. Kehilangannya itu hanyalah helah untuk meraih undi simpati dan ia terbukti apabila Masturah mendapat undi popular. 

Baik Masturah mahupun suaminya, Safwan Anang, mereka ini cukup handal menarik simpati. 

Adakah kita masih mahu ditipu oleh mereka ini? Kepada Dewan Pemuda Pas Pusat, usahlah berangan nak angkat muka-muka ni jadi ikon mahasiswa. 

Tuesday, 19 March 2013

GEMPAQ!!! APAHAL SISWA UNIVERSITI MALAYA MINTA MAAF SECARA TERBUKA KEPADA MAHASISWA UiTM??

Tertanda ialah Khalid Ismath dan Safwan Anang sewaktu ditahan oleh polis
bantuan UiTM.


Liputan penuh, klik SINI dan SINI.

SB juga dimaklumkan bahawa Adam Adli tidak terlibat dalam kejadian yang berlaku di UiTM Shah Alam pada malam semalam. Dalam satu kenyataan yang dihantar di Twitternya, Adam tegas menafikan bahawa beliau terlibat sama. Apa dah jadi ni? Selalunya, di mana Khalid Ismath dan Safwan Anang ada, di situ jugalah Adam  SiTiang Bendera ni ada.


Sunday, 10 February 2013

KEMELUT GM13 MERUNCING, SAFWAN ANANG DITIKAM ORANG KANAN SENDIRI

Selepas Khalid Ismath dan Haziq Abd Aziz daripada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) menyerang Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) pimpinan Safwan Anang, kini timbul pula masalah baru dalam GM13 sendiri. 




Safwan Anang menerima tekanan dalaman daripada orang kanan beliau sendiri yang didakwa cuba membayangi peranan Safwan Anang dalam kempen tersebut.

Safwan Anang yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) baru-baru ini dikecam hebat oleh pimpinan KAMI dan Anwar Ibrahim Club (AIC) yang diketuai Saudara Saifuddin Shafi kerana berhasrat menghantar calon GM13 menentang Perdana Menteri di Parlimen Pekan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua iaitu Saudara Rozan Azen turut menentang hasrat tersebut. Mereka menyifatkan GM13 sengaja mengacau undi PR jika menghantar calon di Pekan.

Hasrat SMM ini dilihat cuba mengulangi sejarah dalam PRU 12 apabila mereka menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN) dan menghantar wakil di Kepala Batas untuk menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu ialah Perdana Menteri.

Permohonan PMN yang ketika itu diketuai oleh Saudara Azlan Hashim telah ditolak kerana mereka masih terikat dengan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

Namun perubahan yang dilaksanakan oleh Dato’ Seri Najib dengan memansuhkan Seksyen 15 itu telah membuka ruang kepada SMM untuk menyertai pilihan raya umum buat pertama kali dalam sejarah politik moden di negara ini atas nama mahasiswa.

Justeru SB melihat tentangan oleh kepimpinan KAMI, AIC dan PKR sendiri terhadap usaha SMM ini sebagai tidak matang dan terlalu emosional. Safwan Anang perlu diberikan peluang bertanding di Pekan menentang Dato’ Seri Najib.

Safwan Anang juga perlu bertindak tegas terhadap orang kanan beliau itu kerana dibimbangi ia akan menjejaskan rentak GM13 ketika PRU tinggal kurang 60 hari sahaja lagi.



Monday, 24 December 2012

LIDAH BERCABANG SAFWAN ANANG

Post kali ini SB ini mendedahkan lagi tentang kejahilan  yang dilakukan oleh Safwan Anang ini. Setelah pembohongan yang dilakukan di dalam kenyataannya tentang SAMM menyokong kerajaan, SB terpanggil untuk menulis tentang perkara tersbut.


1. Bolehkah Safwan Anang meminta maaf kepada seluruh mahasiswa di Malaysia selepas pengakuannya bahawa SMM bukan pembangkang?Kami melihat hal ini sangat penting.
2. Pertama, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka ia telah menipu kumpulan mahasiswa pro-pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M, secara terang-terangan.
3. Pro-M yang meliputi seluruh IPT bernaung di bawah SMM sejak sekian lama dan berkongsi ideologi serta pandangan politik yang selari iaitu menolak Kerajaan Barisan Nasional di semua peringkat termasuk gerakan-gerakan mahasiswa yang mesra kerajaan seperti kumpulan Aspirasi Mahasiswa.
4. Dlm menzahirkan penentangan terhadap Kerajaan Barisan Nasional ini, kumpulan Pro-M dan SMM turut menubuhkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) sebagai alternatif terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa Kebangsaan (MPPK) yang diwujudkan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak era mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

5. SMM juga bersekongkol dengan Pakatan Rakyat ketika melancarkan kempen Malaysia Bangkit pada Februari 2012 yang dipengerusikan oleh bekas Presiden MPM UM dari kem Pro-M, Saudara Syahid Zaini, yg juga salah seorang pimpinan SMM. Melalui kempen ini, pihak sekretariat melancarkan 9 tuntutan bersama yg bersifat anti-kerajaan.
6. Justeru bagaimana Safwan Anang, selaku Pengerusi SMM boleh mendakwa pertubuhan tidak berdaftar itu sebagai BUKAN PEMBANGKANG? Hal ini ibarat telah menipu dan mengkhianati harapan kumpulan mahasiswa pro-pembangkang di Malaysia.



7. Kedua, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka Safwan bertanggungjawab memohon maaf kpd seluruh mahasiswa kerana tindak tanduk mereka selama ini telah memalukan golongan ini secara terbuka.
8. Akibat pelbagai onar yang dibuat seperti menurunkan bendera DS Najib, mengalungkan bunga malai (kematian) pada potret Perdana Menteri itu, demonstrasi liar ketika kempen Anti-PTPTN dan Bersih 3.0 dan banyak lagi, nama baik mahasiswa di Malaysia telah tercemar teruk!


9. Safwan juga perlu meminta maaf kepada MPPK kerana tidak mengiktiraf pertubuhan sah ini yang telah banyak memperjuangkan isu dan kebajikan mahasiswa di M'sia. Kerana politik sempit SMM, sebahagian besar MPP dari Pro-M telah memulaukan MPPK setiap tahun.
10. Safwan perlu cuci segala dosa SMM dan membuktikan mereka BUKAN PEMBANGKANG seperti yg didakwa.

"REVOLUSI BUNGA RAYA"

Monday, 24 September 2012

KONSPIRASI BERSIH KAMPUS PRO-M DIDALANGI PKR

Salah satu tuntutan Pro-M ialah pilihan raya kampus yang bebas daripada sebarang pengaruh parti politik. Kononnya, ia demi menjamin kebebasan intelektual mahasiswa. Tapi apa yang anda dapat selepas menonton video di bawah?


Video ini adalah bukti jelas persekongkolan pemimpin-pemimpin mahasiswa propembangkang dengan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Antara yang jelas ialah pertemuan sulit antara Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan sekumpulan mahasiswa diketuai bekas Pengerusi Pro-M Nasional, Safwan Anang pada 1 September 2012 di sebuah lokasi rahsia di ibu negara.

Dalam pertemuan tersebut, Rafizi telah menyampaikan amanat dan strategi yang perlu dilakukan oleh Pro-M di setiap kampus untuk memenangi kempen Pemilihan MPP/MPM Sidang 2012-2013 ini.

Secara peribadi, SB tidak kisah dengan pertemuan sulit mereka itu. Sememangnya diketahui umum kumpulan Pro-M menerima bantuan langsung daripada Pakatan Rakyat. Tetapi sikap hipokrit dan kemunafikan melampau mereka yang menafikan perkara ini amat menjelikkan kita.

Ini cuma pendedahan kecil. SB dan blogger Malaysia Bangkit yang mempunyai akses langsung dalam gerakan Pro-Mahasiswa Nasional akan terus membongkar pembohongan mereka. Kebenaran itu wajib ditegakkan walau bergolak bergadai.!!

KONSPIRASI DI SEBALIK KONSPIRASI OPS 2020

Ketika SB ditanya apakah sebenarnya Konspirasi Ops 2020 yang dimainkan oleh kumpulan mahasiswa propembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M, SB sendiri tidak dapat menjawab dengan tepat.

Hasil penelitian yang dibuat, isu ini dibangkitkan semata-mata untuk mengaitkan Perdana Menteri dan beberapa jabatan kerajaan yang lain serta UMNO dalam keputusan penangguhan pilihan raya kampus pada bulan April yang lalu.

Penangguhan ini dipercayai memberi kesan besar kepada semua yang terlibat secara langsung termasuk kumpulan Aspirasi Mahasiswa.

Justeru bagi mengekalkan momentum politik sedia ada, Pro-M dengan bantuan PKR yang beribu pejabat di Tropiccana, Damansara telah merekayasa cerita kononnya penangguhan PRK itu didalangi antara lain oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Biro Tatanegara (BTN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan UMNO seperti yang didedahkan dalam satu minit mesyuarat baru-baru ini.

Mengukuhkan lagi cerita ini, PKR turut menyediakan slides khas yang memperincikan gerakerja pilihan raya kampus di kesemua IPTA yang berjumlah 20 buah dengan sasaran menang di semua kampus tersebut. Justeru terciptalah nama yang direkayasa oleh thinkers  di headquarter PKR itu iaitu Operasi 2020 atau Ops 2020, iaitu operas khas memenangi 20/20 IPTA di seluruh Malaysia.

Bermodalkan dua bukti inilah (minit mesyuarat tanpa tandatangan dan slides), Pro-M dan kepimpinan Pakatan Rakyat menjaja cerita ke seluruh pelosok negara kononnya Perdana Menteri terdesak untuk meraih kemenangan dalam PRU-13 hingga terpaksa mencampuri urusan pilihan raya kampus. Alasannya, Dato’ Seri Najib memerlukan masa yang lebih lama untuk membina kekuatan sokongan dalam kalangan mahasiswa! Masuk akalkah?

Namun, cerita ini terus dijaja hinggalah akhirnya ia lekat sebagai persepsi dalam minda orang ramai terutamanya mahasiswa kononnya Ops 2020 ini ialah konspirasi jahat pihak kerajaan dalam meracuni akal fikiran penuntut universiti di Malaysia.

Hakikatnya, penangguhan pilihan raya kampus ini bertujuan menyelaraskan semula jadual akademik di semua IPTA selepas anjakan tarikh permulaan semester dibuat bermula sidang ini dari bulan Jun ke bulan September. Ia juga antara lain bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar diploma untuk turut serta dalam pilihan raya kampus kerana jika diadakan pada tarikh asal, ia bertembung dengan cuti semester akhir kumpulan pelajar ini.

Namun bagi pembangkang di negara kita, apa-apa sahaja tindakan atau keputusan yang diambil membabitkan kerajaan atau institusi-institusi awam, semuanya bersifat politik dan menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata. Lebih dahsyat lagi, ia akan dilabel sebagai konspirasi terancang untuk menindas parti-parti pembangkang. Geleng kepala SB!

Adakah SB juga sedang merekayasa konspirasi melalui entri ini? Adakah SB membuat cerita perkaitan ibu pejabat PKR dengan gerakan mahasiswa propembangkang membabitkan kepimpinan utamanya seperti Safwan Anang, Khalid Ismath dan Adam Adli? Nantikan bukti yang bakal SB lampirkan dalam entri-entri selepas ini. 

Sebelum itu, SB tinggalkan kepada anda dua rujukan di bawah sebagai klu pendedahan selanjutnya selepas ini. Tiada huraian. Fikir-fikirkan dahulu.




Wednesday, 30 May 2012

Roadshow Rafizi Ramli Bakal Tarik Undi Mahasiswa Kepada Pakatan Rakyat?

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli  (gambar) yang dilanyak teruk oleh Khairy Jamaluddin (KJ) baru-baru ini ketika berdebat tentang isu pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN, diberitakan akan mengepalai roadshow bersama mahasiswa pro-Anwar ke seluruh universiti bagi menerangkan idea pendidikan percumanya itu.

Berbekalkan modal seperti isu rasuah, hutang syarikat yang dilupuskan oleh kerajaan, pembaziran wang kerajaan dan sebagainya, beliau kini dilihat semakin terdesak untuk menggerakkan kempen tersebut kerana ia satu-satunya peluang untuk beliau dipilih sebagai calon dalam PRU 13 nanti.

Rafizi sebelum ini beberapa kali menerima padah apabila pendedahan-pendedahan yang dibuat akhirnya memakan dirinya sendiri. Terbaru apabila beliau mendedahkan dokumen sulit milik sebuah bank dalam isu NFC hingga mencetuskan kemarahan banyak pihak ke atas bank tersebut.

Dalam roadshow itu juga, Rafizi akan menggunakan sepenuhnya kumpulan mahasiswa yang lantang menuntut pemansuhan PTPTN ketika Demonstrasi 14 April 2012 iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro-Mahasiswa Nasional.

Antara yang dijangka akan turut membantu roadshow tersebut termasuklah Adam Adli, Safwan Anang, Syahid Zaini dan Khalid Ismath.

Wednesday, 9 May 2012

BUANG UNIVERSITI LEBIH BAIK DARI GANTUNG PENGAJIAN

TIADA PELUANG KEDUA KALAU BERSALAH!

Ini namanya pengajaran. Tahniah diucapkan kepada UiTM yang berani bersuara dan bertindak. Harap pentadbiran universiti lain juga akan turut serta. Jangan sembunyikan pesalah hanya kerana nak jaga nama baik universiti. Jangan simpan sampai jadi barah. Buang dan hapuskan, itu penyelesaian paling bijak!

Monday, 7 May 2012

CHEGU BARD GAGAL CEROBOHI BUKIT AMAN

Cubaan kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengadakan demonstrasi besar-besaran di hadapan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman hari ini sekali lagi menemui kegagalan.

Sudahlah kehadiran tidak mendapat sambutan, hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum menuntut pihak polis menggugurkan kes terhadap Khalid Ismath Syiah, pelajar Tahun 1 UiTM Shah Alam yang mengeluarkan ugutan bunuh baru-baru ini juga tidak berjaya.

Chegu Bard buat sidang media mengutuk pihak polis.

Seperti biasa, mereka juga akan membawa bersama kumpulan media dan akan membuat kenyataan di mana-mana saja bagi menunjukkan kepada masyarakat 'betapa serius dan beratntya' masalah yang sedang dihadapi. Hakikatnya, rakyat semakin menyampah dan meluat melihat tindak-tanduk mereka yang seolah-olah tidak ada kerja lain nak dibuat.

Safwan Anang, Pengerusi SMM pun tak mahu kalah.

Safwan Anang, pelajar UM yang telah dikenakan hukuman gantung pengajian selama satu semester turut hadir. Kononnya nak bela rakannya, tapi dia sendiri tak terbela. Semakin hari semakin biadaP kumpulan mahasiswa ini. Fikir hanya mereka saja betul dan berhak menuntut keadilan.

Friday, 4 May 2012

NC UM, Jangan Benarkan Mereka Merayu!!!

Dari kiri, Safwan Anang, Haziq Abdullah dan Syahid Zaini.

Tiga mahasiswa di atas dikenakan hukuman gantung daripada pengajian selama satu semester atas kesalahan mencemarkan nama baik universiti sendiri (Universiti Malaya) sewaktu demonstrasi jalanan membantah PTPTN pada 14April 2012 di Dataran Merdeka.

Menurut JK Tatatertib Universiti yang membicarakan kes tersebut, mencemarkan nama baik universiti didefinisikan daripada tindakan keterlaluan mereka dan rakan-rakan lain mengalungkan bunga kematian pada potret pemimpinan negara iaitu Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin.

Walaupun mereka menganggap ia sekadar simbolik sindiran terhadap pemimpin-pemimpin tersebut, namun ia jelas satu tindakan melampaui batas kebebasan bersuara dan berhimpun yang dibenarkan undang-undang dan tidak menghormati adab serta tatasusila masyarakat Malaysia.

Dalam perkembangan terbaru, ketiga-tiga pelajar berkenaan dilaporkan akan membuat rayuan ke atas hukuman penggantungan tersebut. Safwan Anang juga dilaporkan akan membawa kes tersebut ke mahkamah sekiranya perlu.

Nota : Dalam perbicaraan kes berkenaan, mereka bertiga dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16C Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib pelajar-pelajar tahun 1999) dan kesalahan melanggar undang-undang kaedah 3A (i), 3A (ii). Jawatankuasa Disiplin Tatatertib Pelajar UM menjatuhkan hukuman amaran lisan supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi, denda tidak melebihi RM200 dan pengantungan pengajian selama satu semester kepada tiga mahasiswa SMM.
SB : Jangan ingat dengan adanya peguam-peguam di belakang kamu, maka kamu kebal undang-undang.

Saturday, 28 April 2012

BS 24 API, UM JADI MARKAS BERSIH??

Gambar fail BERSIH 2.0. Seksi? Biasalah. Campur aduk demi satu matlamat.

Maklumat baru diterima, kumpulan SMM dan PMI UM dilaporkan menggunakan kemudahan Bilik Seminar 24 (BS24) di Akademik Pengajian Islam (API), UM sebagai lokasi mesyuarat dan bilik gerakan mereka untuk demonstrasi BERSIH 3.0 esok.

Selain itu, kira-kira 500 orang mahasiswa dan mahasiswa anak Kelantan juga dilaporkan sudah berkumpul di sebuah hotel di ibu negara sambil menunggu Pengerusi SMM, Safwan Anang menghabiskan sesi taklimat dari "abah" mereka iaitu Anwar Ibrahim sebelum bergerak ke sebuah lagi hotel sebagai tempat penginapan.

Atas sebab-sebab keselamatan, SB tidak dapat mendedahkan lokasi hotel mereka akan menginap. Tetapi percayalah, tanpa peruntukan yang besar, mustahil mereka boleh menginap di hotel-hotel tersebut. 

Thursday, 19 April 2012

SAH!! PENYERANG SEBENAR TELAH DITAHAN, AHLI AMK SENDIRI??

Menurut Sinar Harian, salah seorang penyerang sudah ditahan. Semoga kes ini segera diselesaikan.

Sekitar jam 2.00 pagi, 19 April 2012, sekumpulan pemuda bermotosikal didakwa telah menyerang kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka sejak 14 April 2012 yang lalu.

Dalam insiden serangan itu, sekurang-kurangnya dua anggota polis cedera kerana cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, portal rasmi Sinar Harian lewat petang tadi melaporkan berita penahanan salah seorang penyerang dalam insiden tersebut iaitu seorang pemuda berusia lingkungan 20-an.

Beliau dan rakan-rakan dikatakan berang dengan sikap tidak menghormati undang-undang dan Yang DiPertuan Agong yang ditunjukkan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan terutamanya Fahmi Reza dan Safwan Anang.

Mereka dikatakan masih enggan berpindah meskipun diarahkan oleh pihak DBKL bagi menghormati salah satu acara kesenian di Dataran Merdeka yang membabitkan kehadiran Tuanku sekaligus membangkit kemarahan kumpulan pemuda tersebut.

Ia juga berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Khalid Ismath Syiah dalam satu temubual dengan Malaysiakini dua hari yang lalu. Beliau menyifatkan perjuangan anaknya lebih berfaedah berbanding pemuda-pemuda lain yang gemar membuang masa.

Keadaan menjadi tegang apabila kumpulan pemuda berkenaan mencabar mahasiswa yang berkhemah supaya membuktikan pihak mana yang sebenarnya tidak menghormati undang-undang sehingga tercetus pergeseran antara mereka. Beberapa khemah juga telah dirobohkan oleh kumpulan pemuda berbaju hitam seramai 30 orang tersebut.

Insiden ini seharusnya menjadi isyarat jelas kepada semua pihak terutamanya pembangkang. Tidak semua perlakuan anda mewakili aspirasi rakyat, malah lebih banyak menimbulkan kebencian ramai. Tidak mustahil lebih banyak ketegangan akan tercetus selepas ini sekiranya semua pihak cuba menegakkan hak masing-masing meskipun bersifat individu atau minoriti.

SB amat berharap semoga DBKL dapat bertindak segera, dengan tegas dan berdisiplin, sebelum insiden lebih buruk berlaku selepas ini.

Tanyakan sejenak :

Jika benar pemuda UMNO, kenapa mereka bertindak secara terbuka? Bukankah cara itu amat buruk dan boleh merosakkan nama baik UMNO di mata rakyat?


Wednesday, 18 April 2012

SEBARKAN!! PETUALANG RAKYAT!! ANDA KENAL??


KEPADA :

Naib-naib Canselor
Timbalan-timbalan Naib Canselor
Pendaftar-pendaftar
Timbalan-timbalan Pendaftar
Pegawai-pegawai HEP
Bendahari-bendahari Universiti
Staf-staf Jabatan Bendahari Universiti
Dekan-dekan
Timbalan-timbalan Dekan
Timbalan-timbalan Pedaftar Pusat Pengajian/Fakulti
Pensyarah-pensyarah
Tutor-tutor
Pengetua-pengetua Kolej Kediaman
Pengurus-pengurus Asrama
Penghulu-penghulu
Ketua-ketua Kampung
Jiran tetangga
Sanak saudara.
Dan seluruh rakyat Malaysia.

Mereka ini dicari. SB dah tolong sebarkan, dah tolong mudahkan kerja kalian. Nak tunggu apa lagi.

Lupa, satu lagi:

Dato Ismail Mohammed Said, Pengerusi PTPTN
Staf-staf PTPTN

dan 

Pegawai-pegawai di KPT.

Pastikan mereka ni pulangkan pinjaman dengan segera kalau ada yang meminjam!

Sunday, 15 April 2012

#BLACK14# NAJIB BAKAL UMUM KEPUTUSAN PENTING??

MASIH INGAT GAMBAR-GAMBAR DIBAWAH??

Kononnya, mereka menolak campurtangan politik luar dalam  kalangan mahasiswa.

Ini AMK N9, Nazri Yunus. 23 Mac 2012, beliau turun berdemo bersama
SMM di hadapan KPT, Putrajaya.

23 Mac 2012, Syahid Zaini menyerahkan batu nesan kepada Setpol Menteri KPT.

KALAU TAK INGAT, KLIK SINI.

DAN SEKARANG LIHAT GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH PULA 

14 April, Menteri KPT dan PM, dikuburkan secara cacamerba ikut adat Islam
dan Hindu sekaligus. GAMIS menyokong. Syahid Zaini mengepalainya.
Soal akidah Islamiah ditolak ketepi. Nauzubillah.
Kumpulan mahasiswa yang terjejas pengajian. Adam Adli digantung
semester. Shukri Razab ditendang oleh UMS dan kini KUIS, juga gagal.
Lari hutang PTPTN? Patutlah.

Ini siapa? Bebas politik luar? Di mana ada demo mahasiswa,
di situ ada Tian Chua.

Di mana ada Tian Chua, di situ ada Izzah. Di situ jugalah
mahasiswa pro-pembangkang melalak sakan.

Jadi fikir-fikirkanlah. Agenda siapa sebenarnya yang sedang dibawa oleh kumpulan mahasiswa ini?

Isu pendidikan percuma tidak timbul hinggalah akhir-akhir ini ia dilagukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Kenapa baru kini? Kerana dekatnya kita dengan PRU13. Pro-M sudah tidak kisah dengan PRK walaupun itulah medan sebenar untuk mahasiswa berpolitik kerana mereka sudah dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan jika berjaya membantu pembangkang ke Putrajaya. SB juga dapat tahu Adam Adli kemungkinan besar dicalonkan oleh PKR di kerusi Dun Bertam, Pulau Pinang. Orang Bertam nak ke manusia biadap begini?


Saturday, 7 April 2012

Emak Mentua Safwan Anang Robohkan Kedai Orang??


Apa kena mengena Pengerusi SMM yang baru, Safwan Anang dalam insiden menyayat hati lagi zalim seperti yang dilaporkan dalam petikan berita di atas? Kenapa sampai tergamak macam tu sekali? Mana SMM? Mana Adam Adli yang sibuk ganggu orang Kerinchi tempoh hari? Klik SINI, ada jawapannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar