Foto dari Internet. |
Tahniah diucapkan kepada kumpulan Mahasiswa Putra (Aspirasi UPM) yang memenangi majoriti 28 kerusi dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia bagi Sidang Akademik 2014/2015.
Berikut ialah keputusan penuh pemilihan yang berlangsung pada 3 Disember 2014:
Mahasiswa Putra (MP) 28
Mahasiswa Propembangkang (Pro-M) 15
Siswa Penggerak Universiti (SPU) 2
Kemenangan besar Mahasiswa Putra menjadi isyarat jelas sokongan mahasiswa di UPM kepada kumpulan yang mendokong aspirasi universiti selepas kejayaan Aspirasi di beberapa buah institusi pengajian tinggi utama negara yang telah selesai menjalankan pemilihan.
Namun begitu, di sebalik kejayaan manis ini, banyak yang perlu dilakukan oleh penggerak-penggerak wadah perjuangan Aspirasi di UPM. Antaranya:
1. Segera bersatu. Hapuskan sengketa lama. Kenapa mesti ada dua kumpulan dengan wadah yang sama tetapi berbeza kaedah dan matlamat perjuangan? SPU sebagai kumpulan serpihan yang cuba bergerak di luar sistem perlu mengendurkan ego dan mula memikirkan secara serius hala tuju dan masa depan perjuangan Aspirasi di UPM. Kembalilah ke dalam sistem.
2. Perkukuhkan pengaruh. Bina kekuatan. Ketika kumpulan Mahasiswa Propembangkang (Pro-M) sedang lemah di kebanyakan IPT lain termasuk di UPM sendiri, inilah masanya untuk Aspirasi menyerang hendap melalui strategi yang ampuh dan bersifat jangka panjang. Itu pun jika saranan pertama dipenuhi terlebih dahulu.
3. Review strategi terutamanya dari segi kaedah berkempen dan perletakan calon yang bersesuaian.
4. Grooming jentera. Yang ini jangan ditangguh-tangguhkan.
5. Gerakerja kaderisasi perlu diperluaskan.
SB tak berniat nak mengajar tetapi selepas analisa dijalankan sejak malam tadi, ternyata banyak kelemahan dalam gerakan Aspirasi di seluruh negara. Tiada yang mampu menang dengan selesa termasuk di UPM.
Dan hari ini, kita nantikan pula keputusan di Universiti Malaya, ibu segala pilihan raya kampus.
No comments:
Post a Comment