Lelaki Harapan Dunia, gitulah judulnya. Filem ni secara jujur - kata pengarahnya, Liew Seng Tat - adalah untuk mengangkat budaya bergotong royong orang Melayu silam mengangkat rumah untuk dipindahkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
Tak tahulah sejauh mana Seng Tat membuat kajian sebelum mengarah dan menerbitkan filem ini.
SB secara peribadi bersetuju dengan pandangan sutradara Ahmad Idham yang berpendapat filem ini hanya memperlekehkan orang Melayu.
Lihat saja poster filem ini. Barisan pelakonnya semuanya mengenakan tudung walhal mereka itu lelaki. Orang Melayu dulu-dulu memang macam tu ke?
Lagi satu, paling tidak boleh diterima ialah tindakan Seng Tat menjemput aktivis sosialis Hishamuddin Rais sebagai pelakon dan memainkan peranan sebagai tok pawang dalam filem tersebut. Dah tak ada orang lain ke?
Apa kata Hisham Rais berkenaan Hudud?
Mana pergi tukang semak filem di Film Censorship Board? Filem macam ni boleh pula lepas. Filem Bravo 5 diperap sampai sekarang belum diizin tayang.
No comments:
Post a Comment