Foto ehsan The Mole |
Elemen dan pengaruh Pakatan Rakyat dalam BAR Council atau Majlis Peguam terus berkuasa. Pemilihan terbaru majlis ini sekali lagi didominasi peguam-peguam pro-PR yang dimenangi dengan cara yang cukup disangsikan, penuh kontroversi, bacul lagi menjelikkan di sebalik slogan BERSIH yang dilaung-laungkan selama ini.
Memetik tulisan blogger tersohor tanah air, Rocky Bru, SINI bukan rahsia lagi bahawa BAR Council ialah kumpulan pendokong di belakang BERSIH, sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan keadilan dalam sistem pilihan raya di Malaysia. Malangnya, dalam pemilihan badan mereka sendiri, konsep bersih tersebut tidak pula diamalkan.
Salah seorang calon yang bertanding, Mohamed Reza Abu Hasan, mendedahkan kecelaruan pemilihan kali ini yang menyaksikan hanya 20% atau 3, 372 orang daripada 15, 926 ahli Majlis Peguam turun mengundi - suatu jumlah yang sebenarnya tidak mengukuhkan kedudukan 12 pemenang teratas yang akan membentuk jawatankuasa majlis tersebut. SINI
Paling mengejutkan ialah kaedah pemilihan kali ini yang penuh kontroversi. Menurut salah seorang peguam Muslim UPro yang turut bertanding, Khairul Azam atau Buzze Azam di laman sosial Facebook beliau, proses pengiraan undi dijalankan secara tertutup di mana tiada rakaman dibenarkan manakala calon-calon yang bertanding diwajibkan mengisi borang aku janji (LOU) sekiranya ingin menyaksikan proses pengiraan.
Menurut Azam lagi, beliau hanya dapat mengikuti proses pengiraan menerusi CCTV dengan jarak bilik pengiraan dan pemantauan sejauh 300 meter. Sementera menurut Reza pula, beliau dihalang mengikuti live streaming proses pengiraan kerana enggan menandatangani LOU.
Apa sudah jadi dengan Majlis Peguam? Di mana slogan BERSIH yang dilaung-laungkan? Di mana ketelusan? Di mana keadilan? Walau apa pun keputusannya, kita tidak boleh lagi mengharapkan badan peguam ini akan bertindak adil untuk rakyat Malaysia kerana sesama mereka sendiri, mereka gagal berlaku adil.
Berikut ialah keputusan penuh pemilihan BAR Council 2014 yang menyaksikan sekurang-kurangnya 9 daripada 12 calon yang menang ialah pro-PR termasuk Syahredzan Johan, anak kepada Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar.
1. Hendon Mohamed 1,948
2. Haji Sulaiman Abdullah 1,788
3. Brendan Navin Siva 1,638
4. Andrew Khoo Chin Hock 1,609
5. Richard Wee Thiam Seng 1,519
6. Honey Tan Lay Ean, 1,470
7. George Varughese1,445
8. Syahredzan Johan 1,429
9. Ravi Nekoo 1,392
10. Low Beng Choo 1,388
11. Datuk Khutubul Zaman bin Bukhari 1,362
Sebagai penutup, fahami proses pemilihan BAR Council dalam infografik di bawah dan jangan lupa untuk ketawakan mereka.
No comments:
Post a Comment