Bangang.
Najib sekarang pun dah pandai sebut perkataan tidak sopan macam ni. Ingatkan Anwar je yang suka menyebut perkataan-perkataan low class dalam ceramahnya.
Macam ni lah Najib, kalau tak nak blogger prokerajaan hentam kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang lain, apa kata you buat checklist dan senaraikan berapa ramai pemimpin kerajaan terutamanya menteri-menteri kabinet yang bangang terlebih dahulu.
Blogger tak ada masalah untuk backup kepimpinan sekarang sekiranya tiada masalah yang ditimbulkan lebih-lebih lagi jika kesannya ketara ke atas rakyat.
Blogger prokerajaan pada dasarnya terdiri daripada mereka yang berprinsip. Yang membezakan mungkin dari segi kaedah menegur dan mengkritik. Ada yang direct hentam. Ada yang sipi-sipi tapi tetap kena pada sasaran.
Sebagai Ketua, you sepatutnya bangga ada jentera yang berprinsip dan sentiasa cakna terhadap sebarang dasar atau keputusan yang dibuat oleh kerajaan you. Ini bukan zamannya mengampu sepanjang masa. Berak busuk takkan nak cakap wangi, kan?
No comments:
Post a Comment