Page DAP Penang hari ini menyiarkan posting yang dilihat menyokong pendirian ibu Dyana Sofya, Yammy, yang merestui anaknya itu menentang hukum Allah iaitu Hudud.
Yammy dalam kenyataan balas terhadap kecaman Tun Dr. Mahathir yang kecewa dengan keputusan Dyana menjadi calon boneka DAP, menyatakan anaknya itu berhak menentukan masa depannya sendiri.
Yammy menggunakan contoh anak Tun Dr. Mahathir sendiri iaitu Marina, bagi menunjukkan 'kegagalan' Tun mendidik anak perempuannya itu.
Ini kerana Marina merupakan aktivis hak asasi manusia yang lantang menentang kerajaan malah menjadi tulang belakang gerakan Sisters In Islam dan COMANGO amnya. Ia berbeza sama sekali dengan pendirian politik Tun Dr. Mahathir selama ini.
Soalnya, adakah Yammy sudah sehebat Tun Dr. Mahathir sehingga layak dijadikan perbandingan?
Tun Dr. Mahathir tidak pernah bersetuju atau menyokong Marina tetapi Yammy sebaliknya, bukan sahaja merestui malah menyokong penuh anaknya bertanding atas tiket DAP termasuk menentang Hudud yang menjadi dasar parti tersebut.
Sebagai ibu yang beragama Islam, adakah Yammy sedar tindakannya itu bertentangan sama sekali dengan perintah Allah SWT?
Tun Dr. Mahathir tidak perlu melayan serangan bodoh oleh Yammy ini walaupun DAP cuba menggunakan peluang tersebut untuk menaikkan reputasi Dyana menjelang hari pembuangan undi.
Sebaliknya Yammy sendiri perlu sedar bahawa anaknya itu hanya boneka yang tiada apa-apa kelebihan di mata pemimpin DAP melainkan sebagai alat menarik sokongan orang Melayu pada masa hadapan. Dan Yammy perlu sedar DAP hanya berani meletakkan Dyana di Teluk Intan kerana yakin kerusi tersebut adalah kerusi selamat.
1 comment:
salam, terima kaseh kerana bagi penerangan dan cerita dalam ni tentang insiden LDU. Sebenarnya apa yang anda tulis adalah mengikut arahan dari pihak tertentu. Ia Nampak benar dan berkaitan, tetapi ia hanya cerita yang di ada-adakan. Cerita ini di akui dan disahkan dengan teori-teori konspirasi.
Objectives cerita ini hanya utk mengabui mata rakyat. Ini kerana, ada cerita yang tidak keluar pun dari mulut putrajaya.
Anda hanya bercerita apa yang diberitahu. Kisah sebenar belum diceritakan krn ia melibatkan masalah besar.
Jika saya bercerita, pasti akan berlaku masalah. Tidak semua orang tahu siapa mangsa sebenar insiden Lahad Datu. Ramai penduduk Sabah tahu apa yang berlaku, jika bercerita hal ini pasti pencerita menemui mati. Tidak di ketahui siapa pembunuh2 ini.
Saya tidak suka bongkarkan rahsia ini kepada umum di Malaysia krn saya tahu ia di nafikan dan nyawa saya jadi taruhan.
Jika masa sesuai, hal ini akan terbongkar juga.
Saya hanya bagi tau 1 tips sahaja. Putrajaya sehingga kini masih mencari Sultan Sulu yang sebenar. Pencrian ini bukan sahaja dari Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak. Tapi ia turut mencari sehingga ke Filipina.
Sultan Sulu yang sebenar tiada di Malaysia dan tiada siapa yang tahu dimana Sultan Sulu berada.
Dari sumber2 luaran, Sultan Sulu berada di luar Negara dan pernah berkomunikasi di luar Negara sekali sahaja.
Dalang sebenar Insiden di lahad datu hidup dengan senang lenang ketika ini. Sementara mangsa yang tidak berdosa dan tiada kaitan langsung dengan insiden tersebut menjadi korban.
Post a Comment